Perlawanan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bawah 16 tahun yang bermula pada Khamis menceritakan satu lagi senario dalam arena sukan di Malaysia.
Mungkin terlalu bosan dengan perkembangan sukan bolasepak di negara ketika ini, sokongan daripada penonton tempatan tampak suram dan sepi.
Apatah lagi kejohanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi venua buat skuad bawah 16 tahun negara beraksi sepanjang saingan peringkat kumpulan seharusnya dimanfaatkan peminat bolasepak negara.
Dengan kehadiran lebih 700 penonton, ketika Malaysia membenam cabaran Tajikistan 6-2 pada aksi sulung kumpulan A pada Khamis, adakah ianya masih belum cukup untuk membuktikan skuad kendalian Lim Teong Kim benar benar bersedia untuk menggegar?
Lim Teong Kim tidak segan silu untuk âmeluahkanâ secara tersirat tentang sikap peminat sukan di Malaysia.
âSokongan? Apakah maksudnya?Kami sudah pernah bermain di dalam stadium yang kosong. Tiada masalah untuk kami.
âTiada masalah untuk saya. Jika mereka (penonton) datang, ianya sesuatu yang bagus. Jika mereka tidak datang pun tidak mengapa. Yang datang mungkin ahli keluarga kerana mahu memberikan sokongan kepada anak anak mereka,âkata Teong Kim.
Memang hakikat yang tidak dapat dinafikan, faktor waktu perlawanan yang berlangsung ketika waktu bekerja mungkin salah satu penyebab kurangnya sambutan ketika aksi pertama pada Khamis lalu.
Perlawanan pada Ahad dimana Malaysia bakal memburu kemenangan kedua ke atas Thailand, diharapkan sokongan yang lebih ramai untuk menyuntik semangat juang pemain pemain muda ini yang memburu misi ke Peru bagi melayakkan diri ke Piala Dunia Bawah 17 Tahun di Peru.
Pemain pemain sudah diberikan peranan masing masing ketika sesi latihan apatah lagi sewaktu perlawanan sebenar.
Namun, sebagai rakyat Malaysia yang mahukan perubahan terhadap bolasepak di Malaysia, apa pula peranan atau sumbangan kita semua?
Tidak dinafikan perlawanan ini hanyalah peringkat akar umbi, namun, adik adik ini memerlukan sokongan moral dan pembakar semangat, bukan hanya kritikan andai mereka kalah.
#UPD – Sesi temuramah penyerang B16 negara – Luqman Hakim Shamsudin
Teong Kim seringkali menegaskan, ini adalah waktu untuk mereka belajar sesuatu hasil daripada kesilapan yang dilakukan.
Dari satu aspek lain, Lim Teong Kim boleh dikatakan dilaluan terbaik untuk membuktikan, perbelanjaan yang telah disalurkan sejak penubuhan Program Pembangunan Bolasepak Malaysia (NFDP) kian menampakkan hasilnya. – OLEH KU MOHD LUFTIÂ