Sejarah baru bakal dicipta dalam sejarah bolasepak Malaysia apabila skuad kebangsaan bakal menggunakan khidmat pemain naturalisasi.
Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyenaraikan penyerang Pahang, Mohamadou Sumareh dalam senarai 24 pemain yang akan menjalani latihan pusat sebagai persiapan ke Piala AFF yang akan bermula November depan.
Sumareh memulakan kariernya dalam kancah Liga Malaysia pada 2013 dengan menyertai PDRM.
Latihan pusat skuad kebangsaan akan bermula dari 8 Oktober disusuli dua aksi persahabatan antarabangsa ‘A’ menentang Sri Lanka di Colombo pada 12 Oktober disusuli aksi dengan Kyrgystan di Stadium Hang Jebat, Melaka empat hari kemudian.
Piala Suzuki AFF 2018 bakal berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember ini dimana Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar. KU MOHD LUFTI
Senarai 24 pemain yang dipanggil untuk latihan pusat :
Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Saad , Amirul Azhan Aznan, Kenny Pallraj, Nor Hakim Hassan (Perak), Haziq Nadzli, Adam Nor Azlin, Syamer Kutty Abba, Fazly Mazlan (JDT II), Akram Mahinan, Syazwan Zainon, Akhyar Rashid (Kedah), Zaquan Adha Abd Radzak, Syazwan Andik Ishak, Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Norshahrul Idlan Talaha, Mohamadou Sumareh, Matthew Davies (Pahang), Rawilson Batuil, Azzizan Nordin (Sabah), Shahrel Fikri Md. Fauzi (Nakhon Ratchasima), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United), Mahalli Jasuli (PKNS FC), Syahmi Safari (Selangor)