Kemenangan yang terhasil di Colombo ketika Malaysia membenam Sri Lanka 4-1 bukan sesuatu yang menarik untuk diperkatakan kerana diatas kertas, Harimau Malaya tidak seharusnya berdepan masalah untuk menundukkan pasukan ranking ke 200 dunia.

Namun, apa yang menjadi keresahan dibenak fikiran Tan Cheng Hoe mencari penamat cerita mencari ‘formula’ terbaik dan gandingan di semua posisi.

Disebalik kemenangan dengan Sri Lanka, Cheng Hoe menjelaskan masih mencari keserasian dibahagian pertahanan.

Malaysia ketinggalan dibabak pertama perlawanan susulan kawalan pemain lawan yang longgar sekaligus memberi ruang kepada pemain lawan untuk mencipta peluang.

“Empat pemain pertahanan kita dibabak pertama agak kucar kacir mungkin kerana faktor keserasian dan tiap tiap perlawanan akan ada perubahan senarai pemain.

“Kita tidak boleh bagi alasan ini ketika AFF dan perlu lebih fokus khususnya ketika kehilangan bola, perlu cepat kembali bertahan,”kata Tan Cheng Hoe yang tiba dari Colombo pagi tadi.

Sejak mengambl alih tugas selaku Ketua Jurulatih Harimau Malaya penghujung tahun lalu, Tan Cheng Hoe telah melakar empat kemenangan satu seri dan satu kekalahan dalam enam perlawanan setakat ini.

 

 

Malaysia bangkit daripada ketinggalan dibabak pertama menerusi Norshahrul Idlan Talaha, Adam Nor Azlin dan dua jaringan Mohamadou Sumareh di penghujung perlawanan.

“Pujian harus diberikan kepada pemain pemain kerana mempunyai sikap untuk memenangi perlawanan itu.

“Satu persembahan yang terbaik. Kita tahu Sumareh mempnyai kualiti individu tersendiri dan ia terbukti walaupun kita bermain dengan Sri Lanka tetapi secara keseluruhannya beliau dapat sesuaikan diri dengan pasukan,”kata Cheng Hoe lagi.

Malaysia akan menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’ menentang Republik Kyrgystan di Stadium Hang Jebat, Melaka sebelum menutup aksi persahabatan dengan Maldives pada 3 November di Bukit Jalil. KU MOHD LUFTI 

 

- Advertisement -