ATM Guardians mencipta sensasi dalam aksi hari keenam Sepaktakraw League (STL) Premier 2018 setelah melakar kejutan besar dengan menewaskan pendahulu liga Penang Black Panthers 2-0 di Gem In Mall, di sini.
Kemenangan 21-17, 21-18 yang diraih menerusi gandingan trio Hairul Hazizi Haidzir-Afiffudin Razali-Norfaizzul Abd Razak menyaksikan ATM Guardians mengekalkan rekod bersih menang kesemua empat perlawanan dan belum tewas walau satu set sekalipun.
Manakala bagi Penang Black Panthers yang menurunkan trio berbisa Syahir Rosdi-Zaim Razali-Azlan Alias, kekalahan ini meleburkan rekod tanpa kalah mereka yang sebelum ini unggul mencatat empat kemenangan berturut-turut.   Â
Hairul Hazizi nyata cukup teruja dan menyifatkan ianya sebagai satu bonus buat ATM Guardians kerana mereka turun beraksi tanpa sebarang tekanan dan tidak meletakkan harapan tinggi untuk mencatat kemenangan dalam aksi ini.
âMemang tidak sangka sebenarnya boleh menewaskan Black Panthers apatah lagi dengan straight set kerana kami tahu mereka pasukan pilihan dan sangat kuat.
âSasaran kami yang sebenar adalah memberi tentangan sengit dan menyajikan satu perlawanan yang menghiburkan kepada penonton tetapi rezeki memihak kami.
âKembalinya Afifudin (Razali) ke dalam skuad juga menjadikan pasukan kami dapat menyerang dengan lebih baik dalam masa sama kita kekal fokus, sabar dan tenang menyerap segala asakan dan mengagalkan setiap serangan mereka terutama menerusi Azlan dan juga servis Syahir,â kata Hairul.
Jurulatih Black Panthers, Helmi Ismail pula berkata kekalahan membuka ruang kepada pasukannya untuk mengenalpasti kelemahan dan berpendapat belum ada sebab merasa panik.
âMemang kita sudah menjangka saingan akan bertambah mencabar kerana minggu awal banyak pasukan belum serasi dan sesuaikan diri dengan keadaan gelanggang. Bagi saya kalah pertama kali bukanlah satu isu, perjalanan masih jauh dan kita akan bekerja keras untuk tampil lebih kuat selepas ini,â ujar Helmi.Â
Tamat minggu kedua saingan, ATM Guardians kekal sebagai satu-satunya pasukan yang belum tewas dan melonjak sebagai pendahulu baru STL Premier.Â
Dalam pada itu, rekod tanpa kalah Kuala Lumpur Thunder yang menang kesemua empat perlawanan sebelum ini turut lebur setelah mereka tewas 0-2 kepada Kelantan Warriors.
KL Thunder berpeluang untuk mengambil alih kedudukan pendahulu jika menang namun gandingan Aizat Azmi-Amirul Zazwan Amir-Norhafizi Abdul Razak tewas mudah 15-21, 12-21 kepada trio Farid Aziz-Aidil Aiman Azwawi-Wan Naim Izani Wan Noor.
Aksi lain menyaksikan Johor Tigris diketuai Muqlis Borhan diheret beraksi tiga set sebelum menghadiahkan Terengganu Turtles kekalahan ketiga berturut-turut menerusi kemenangan 2-1 (21-18, 17-21, 21-19) manakala PDRM Defenders pula mencatat kemenangan kedua dengan menewaskan Selangor Pistons 2-1 (21-10, 17-21, 21-10). – OLEH MUHAMMAD AIMAN