Jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe menjangkakan pemain senior Norshahrul Idlan Talaha akan menjadi tumpuan pada perlawanan ketiga Kumpulan A Piala AFF Suzuki 2018 menentang Vietnam pada Jumaat ini di Stadium My Dinh, Hanoi.
Tatkala beberapa pemain lain masih lagi belum menyerlahkan potensi sebenar, Norshahrul Idlan atau Matyo dua kali menyelamatkan maruah Harimau Malaya dan sewajarnya peranan dimainkan pemain Pahang itu wajar menerima pujian.
Meskipun tumpuan ramai terarah kepada nama-nama seperti Safawi Rasid, Mohamadou Sumareh, Akhyar Rashid mahupun Shahrel Fikri, Matyo yang membuat penampilan kelima di Piala AFF Suzuki lebih menonjol dengan menjaringkan satu gol menentang Kemboja dan dua gol lewat ketika menentang Laos.
âDia paling menyerlah dalam kedua-dua perlawanan dan ini melegakan kami di barisan kejurulatihan. Prestasinya memuncak dan hakikatnya tidak ramai mahu memperkatakan mengenai Mat Yo pada awalnya mungkin kerana anggap dia sudah veteran.
âTetapi dia membuktikan dan kini saya percaya dia akan menjadi pemain tumpuan dan dikawal ketat pemain Vietnam nanti,â jelas Cheng Hoe lagi.
Sementara itu Cheng Hoe mengakui untuk meneruskan momentum kemenangan dengan menewaskan Vietnam barisan pemainnya perlu tampil dengan satu permainan yang jauh lebih bagus dan berkualiti berbanding dua aksi awal.
âBukan sahaja kita bermain di hadapan penyokong mereka, tetapi Vietnam mempunyai tempoh rehat lebih lama dari kita. Mereka baru bermain satu perlawanan pada hari pertama dan itu memberikan mereka peluang kepada mereka untuk menganalisa kekuatan serta kelemahan kita dengan lebih baik dan membuat persiapan lebih rapi.
âMalah tahap kecergasan pemain mereka juga pastinya dalam keadaan lebih baik tetapi saya tidak boleh merungut mengenainya. Saya perlu siapkan mereka untuk tampil dengan kekuatan mental dan fizikal yang baik, bermain lebih tersusun dan bagus secara taktikal. Vietnam adalah pasukan pilihan dan kita perlu bekerja lebih keras,â ujar Cheng Hoe. Â
Cheng Hoe yang merupakan penolong jurulatih ketika Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki pada 2010 turut memberitahu bahawa perhatian yang lebih akan diberikan kepada tiga pemain Vietnam iaitu Nguyen Quang Hai, Phuong Cong Nguyen dan Nguyen Van Quyet yang berpotensi menjadi âmatch deciderâ.
Malaysia ketika ini sedang mendahului Kumpulan A dengan enam mata dan kemenangan ke atas Vietnam akan menyaksikan mereka semakin hampir untuk mengesahkan tiket di separuh akhir. – OLEH MUHAMMAD AIMAN