Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe hanya memikirkan tentang tiga pemain yang masih dalam pemantauan sebelum sepask mula malam esok.

Perkhabaran positif melibatkan Sumareh yang sudahpun menjalani latihan, sementara Syazwan Andik dan Aidil Zafuan Abd Razak masih di dalam pemantauan.

“Menurut pegawai perubatan pasukan kami, Mohamadou Sumareh menunjukkan proses pemulihan yang baik, Muhd Syazwan Andik masih ada baki sehari untuk latihan dan kami akan mendapatkan penilaian penuh daripada doktor dan harapnya mereka bersedia untuk perlawanan esok,”kata Cheng Hoe

 

Video Sesi Sidang Media Pra Perlawanan Tan Cheng Hoe 

Tiada perubahan ketika membalas soalan soalan media, Cheng Hoe mahu pemain pemain fokus sepanjang 90 minit.

“Kami perlu bermain dengan sebaik mungkin dan mengawal bola dengan baik dan menanti peluang terbaik untuk menjaringkan gol.

“Dan pada masa yang sama perlu kekalkan fokus sepanjang 90 minit terutama ketika beraksi di gelanggang lawan.

“Thailand mempunyai barisan serangan yang mantap dan kami perlu menyekat mereka daripada menjaringkan gol dan pada masa yang sama kami perlu menjaringkan gol,”kata Cheng Hoe lagi.

Separuh akhir pertama memyaksikan Malaysia terikat tanpa jaringan dengan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil. – OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -