Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mahu jaringan terhasil di Hanoi andai Malaysia mahu menamatkan final timbal balik Piala Suzuki AFF 2018 dengan gelaran juara.

Selain memburu gol, Cheng Hoe juga mengharapkan barisan pertahanan yang akan diturunkan kelak bersedia untuk menyerap tekanan hasil serangan pantas Vietnam.

Bayangan kesebelasan utama sudah pun berada di dalam perancangan Cheng Hoe, dan dijangka akan menurunkan senarai pemain seperti mana di final pertama di Bukit Jalil Selasa lalu.

“Kesebelasan sudah bersedia dan kita tahu Syahmi Safari tidak diturunkan, begitu juga dengan Aidil Zafuan dan Syazwan Andik. Dan barisan pertahanan yang terbaik akan diturunkan untuk mencari keputusan yang terbaik.

 

Sidang Media Pra Perlawanan Final kedua Vietnam lwn Malaysia – AUDIO KURANG MEMUASKAN

“Saya rasa kita akan turun dengan barisan yang hampir sama sahaja. Seperti yang kita tahu intensiti untuk perlawanan kali ini tinggi dan saya harap pemain pemain kena fokus dan pertahanan kena bersedia kerana serang balas mereka cukup tajam dan kali ini suasana berlainan,”Kata Cheng Hoe ketika sidang media Pra Perlawanan Final kedua diantara Vietnam dan Malaysia di Ibupejabat Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) di Hanoi.

Tambah Cheng Hoe, belia mahu pemain pemainnya menikmati aksi final dengan sehabis baik meskipun bermain di tempat lawan.

Suasana mungkin sedikit berbeza ketika Malaysia melayan kunjungan Vietnam Selasa lalu, namun Cheng Hoe optimis pemain pemain mampu menyerap tekanan ketika bermain di depan penyokong lawan.

“Ketika di peringkat kumpulan, kita mengawal bola lebih 60 peratus dan kami akan bermain dengan cara itu tetapi kali ini kami perlu menjaringkan gol untuk memenangi perlawanan ini dan pemain pemain juga berkongsi pandangan dan prinsip yang sama,”kata Cheng Hoe lagi.

“Hanya kemenangan sahaja diperlukan untuk melakar kemenangan dan muncul juara. Setiap masa saya nak pemain pemain menikmati perlawanan final termasuk di Kuala Lumpur dan kali ini bermain di Hanoi dan kita tetap ada sokongan di Malaysia juga.

- Advertisement -