foto – Northern Lions Perlis

 

Jika sebelum ini Badhri Radzi atau mesra dengan panggilan Piya gigih mempertahankan pengurusan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), kini kesabaran pemain veteran itu nampaknya sudah tiba ke kemuncak.

Piya mengesahkan bahawa dia bersedia ā€˜angkat kakiā€™ jika PFA berterusan menabur janji palsu dan gagal melunaskan gaji pemain-pemain pasukan itu yang sudah tertunggak dua bulan.

Bekas kapten Kelantan itu menjelaskan dia sudah letih mendengar pelbagai alasan diberikan pengurusan dan hanya akan memberi masa beberapa hari sahaja lagi kepada PFA untuk menunaikan janji mereka.

ā€œSudah dua bulan saya bersama Perlis, sehingga kini satu sen pun saya belum terima daripada mereka. Sudah beberapa kali mereka menangguhkan dan terkini, pengurusan berjanji akan membayar pada 3 Februari (Ahad).

ā€œTapi, Ahad adalah cuti hujung minggu, sebarang urusan bank tidak dapat dijalankan. Selepas itu, kita akan cuti Tahun Baru Cina pula. Jadi, kita tunggu dan lihat,ā€ ujar pemain itu yang menyertai Perlis bagi musim 2019 selepas mengharungi ā€˜mimpi ngeriā€™ bersama Kelantan pada musim lalu.

Tambahnya, pemain-pemain senior sudah sepakat hanya memberi peluang sehingga perlawanan pertama menentang UKM FC, dan sekiranya selepas perlawanan itu keadaan tidak berubah, dia akan meninggalkan pasukan malah menurutnya sudah ada pihak yang mahu membantunya menyertai pasukan lain.

Sebagai rekod, PFA sebelum ini berjanji akan melunaskan gaji pertama pemain-pemain 2019 bagi bulan Disember pada 7 Januari lalu, namun pengurusan memaklumkan berlaku sedikit kelewatan dan berjanji menyelesaikan dua bulan gaji (Disember dan Januari) pada 27 Januari.

Ia kemudian dimungkiri lagi dengan mereka menyatakan gaji akan dibayar selewat-lewatnya sebelum perlawanan pertama Liga Premier 2019 antara Perlis dan UKM FC.

Penyertaan Perlis dalam saingan Liga Premier musim ini sememangnya daripada awal menimbulkan persoalan ramai peminat dan pemerhati bolasepak tempatan, memandangkan mereka tidak layak secara merit malah menanggung hutang tunggakan gaji yang cukup besar gara-gara masalah kewangan kritikal.

Bagaimanapun Malaysian Football League pada 28 Disember lalu meluluskan penyertaan mereka dengan alasan yakin dengan pengurusan baru pasukan itu yang menunjukkan komitmen dan kesungguhan untuk membangunkan semula bolasepak Perlis. MUHD AIMANĀ 

- Advertisement -