Muhd Fazriq Mohd Razif mendominasi 100PLUS Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Prix Final di Kelab Rekreasi Cina di Seremban selepas mengungguli acara perseorangan dan bergu lelaki bawah 16 tahun.

Beliau yang masih segar dengan gelaran juara dunia bawah 15 tahun di Jepun minggu lalu melakar kemenangan straight set 22-20, 21-15 ke atas wakil Kuala Lumpur, Hooi Shao Herng  dalam acara perseorangan.

Ia juga merupakan kejuaraan keduanya dalam acara perseorangan dan bergu lelaki selepas mengunggulinya tahun lepas di bawah kategori bawah 14 tahun.

Fazriq mengesahkan kejuaaraan berganda selepas mengungguli acara bergu lelaki. Gandingannya dengan Justin Hoh Shou  Wei memastikan kemenangan ke atas pilihan pertama dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Beh Chun Meng/Goh Boon Zhe 21-14, 21-17.

“Saya mahu jadi seseorang di arena ini. Perkembangan terkini baik setakat ini tetapi saya perlu tingkatkan lagi mutu permainan. Agak memenatkan kerana perlu bermain dua kategori tetapi ianya satu cabaran yang perlu saya hadapi sebelum memutuskan untuk memilih acara perseorangan atau bergu.

“Permainan yang konsisten memberikan saya kemenangan kerana bukan mudah untuk menang ke atas Shao Herng,” kata Fazriq.

Razif yang juga bekas pemain badminton negara tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan anaknya beraksi di 100PLUS GP final pastinya gembira dengan prestasi yang ditunjukkan malah optimis Fazriq mampu pergi lebih jauh dalam kariernya.

Pemain perseorangan perempuan Selangor, K Letshaana bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk menundukkan juara bertahan dari Sabah, Arena Satu Samin 10-21, 21-9, 21-15 sekaligus melengkapkan misi balas dendam selepas tewas kepada lawan yang sama di Pusingan kedua Divisyen Satu di Johor Bahru Mei lalu.

“Saya optimis sepanjang kejohanan ini dan mensasarkan untuk menang. Saya bekerja keras dan menjalani latihan demi kejohanan ini sudah tentu saya gembira dengan kemenangan ini. Saya berterima kasih kepada jurulatih yang banyak memberi panduan serta kedua orang tua yang berkorban untuk saya,”LEtshaana.

Saingan bergu bawah 16 tahun menyaksikan kejutan berlaku apabila juara bertahan yang juga pasangan kembar, Cheng Su Hui/Cheng Su Yin dari BAM tewas kepada rakan seperjuangan, Khor Jing Wen/Tan Zhing Yi dalam pertarungan tiga set 15-21, 21-9, 19-21.

Seorang lagi wakil BAM, Eogene Ewe Eon turut mendominasi dalam acara perseorangan dan bergu lelaki bawah 14 tahun.

Acara perseorangan, Eogene menang ke atas rakan sepasukan Ramon Ferdinand 21-18, 22-20 sebelum mengesahkan kejuaraan berganda menerusi bergu lelaki apabila gandingannya dengan Ramon menang straight set 21-19, 24-22 ke atas wakil BAM, Bryan Jeremy Goonting/Low Han Chen.

Dalam pada itu, Sarah Ngu Xian Meow  muncul juara perseorangan perempuan bawah 14 tahun selepas menang ke atas Siti Zulaikha Azmi Tan, juga dari BAM 21-17, 21-18.

Impiannya untuk meraih kejuaraan berganda tidak kesampaian apabila gandingannya bersama Chan Wen TSe  tumpas 21-18, 20-22, 8-21 ke atas Lim Yi Wei / Lai Ting Cen (BAM).

Saingan bawah 12 tahun, Dania Sofea Zaidi mengekalkan dua kejuaraan dalam acara perseorangan dan bergu perempuan.

Sofea menang ke atas pilihan kedua, Oo Shan Zi dari Pulau Pinang 21-14, 21-14 dalam acara perseorangan sebelum menang dalam acar bergu apabila gandingannya dengan Lai E Yun menang straight set 23-21, 21-14 ke atas Christine Lam Mei He / Shan Zi.

 

KEPUTUSAN

Bawah 16

Perseorangan lelaki

Muhd Fazriq Razif (BAM/KUL) lawan Hooi Shao Herng (KUL) – 22-20, 21-15.

 

Perseorangan perempuan

K Letshaana (SGR) lawan Arena Satu Samin (SBH)  – 10-21, 21-9, 21-15.

 

Bergu lelaki

Fazriq Razif – Justin Hoh Shou Wei (BAM/KUL) lawan Rayner Beh Chun Meng – Goh Boon Zhe (BAM/PEN) – 21-14, 21-17

 

Bergu perempuan

Khor Jing Wen-Tan ZHing Yi (BAM/PEN) lawan Cheng Su Hui – Cheng Su Yi (BAM/KDH) 21-15, 9-21,21-19

 

Bawah 14

Perseorangan lelaki

Eogene Ewe Eon (BAM/Prk) lawan Ramno Ferdinan (BAM/Sbh) 21-18, 22-20

 

Perseorangan perempuan

Sarah Ngu Xian Meow (BAM/Kul) lawan Siti Zulaikha Azmi Tan (BAM/Mlk) 21-17, 21-18

 

Bergu lelaki

Eogene Ewe Eon (BAM/Prk)-Ramno Ferdinan (BAM/Sbh) lawan Bryan Jeremy Goonting-Low Han Chen (BAM/Kul) 21-19, 24-22

 

Bergu perempuan

Lim Yi Wei (BAM/Kul)-Lai Ting Cen (BAM/Nse) lawan Chan Wen Tse (BAM/Kel)-Sarah Ngu Xian Meow (BAM/Kul) 18-21, 22-20, 21-8

 

Bawah 12

Perseorangan lelaki  

Kee Is Qian (Kdh) lawan Lim Boon Le (Phg) 22-20, 24-22

 

Perseorangan Perempuan 

Dania Sofea Zaidi (Jhr) lawan Oo Shan Zi (Pen) 21-14, 21-14

 

Bergu Lelaki

Tan Zhi Shen-Tan Zhi Yang (Pen) lawan Kee Is Qian-Loh Zi Heng (Kdh) 21-17, 21-18

 

Bergu Perempuan

Dania Sofea Zaidi-Lai E Yun (Jhr) lawan Christine Lam Mei He-Oo Shan Zi (Pen) 23-21, 21-14

- Advertisement -