Juara bertahan Piala Menteri Pendidikan Malaysia 100PLUS Bawah 14 tahun, SMK Taman Bukit Indah menepati ramalan apabila mara ke final sekaligus hanya selangkah untuk mempertahankan kejuaraan untuk kali kedua berturut turut.
Kemenangan tipis 1-0 ke atas SMK Zaaba di Kuala Pilah hasil jaringan Muhd Nur Aiman Khairol di minit 55 sudah cukup untuk skuad kendalian Javi Jorda mengesahkan slot ke pentas final.
“Ianya ibarat perlawanan yang sama seperti musim lepas di pusingan separuh akhir. Kami tahu apa yang akan berlaku jika bermain disini dan perlu berjuang hingga minit terakhir.
SMK Zaaba adalah pasukan lawan sukar untuk ditundukkan. Saya memuji kesungguhan pemain pemain dan ianya merupakan perkembangan yang baik untuk Akademi JDT,”kata Jorda.
Lawan SMK Taman Bukit Indah di pentas final Sabtu depan adalah SMK Putera yang menundukkan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) 3-0.
Dua gol SMK Putera dijaringkan Syafiq Aiman Maharim di minit pertama dan ke 55 manakala Muhd Saiful Ikhwan Zakaria melengkapkan kemenangan skuad kendalian Mohd Hanafiah Awang.
Dalam pada itu, aksi bagi saingan bawah 17 tahun menyaksikan SMK Taman Bukit Indah turut mengesahkan slot ke final selepas menang 3-2 ke atas SSMP B16.
Lawan SMK Taman Bukit Indah di pentas final nanti adalah SMK Seksyen 11 yang melakar kemenangan selesa 2-0 ke atas SMK Gunung Rapat.
Kesemua aksi final dijadual berlangsung pada Sabtu di Bandar Penawar, Johor.
Keputusan Perlawanan Separuh Akhir – B14
SMK Zaaba 0
SMK Taman Bukit Indah 1
SMK Putera 3
SSMP B14 0
Separuh Akhir – B17
SSMP B16 2SMK Taman Bukit Indah 3
SMK Seksyen 11 2SMK Gunung Rapat 0
Jadual Perlawanan – Final – 14 September 2019
Bawah 14 Tahun
SMK Taman Bukit Indah lawan SMK Putera
Bawah 17 tahun
SMK Taman Bukit Indah lawan SMK Seksyen 11