Perlis kini mengharapkan bekas pemain badminton negara Sairul Amar Ayob untuk membawa pasukan U-12 and U-16 mereka mencapai kejayaan di Kejohanan Antara Negeri 100PLUS.
Tahun lepas Perlis yang hanya menyertai tiga kategori (U-12 Lelaki, U-16 Lelaki dan U-16 Perempuan) menamatkan cabaran di peringkat kumpulan sahaja.
Sairul Amar yang merupakan sebahagian dari pasukan kejurulatihan negara di BAM menyertai Perlis BA apabila menandatangani perjanjian kontrak pada 1 Oktober 2019 baru-baru ini.
Kejohanan 100PLUS National Inter State Team U-12 & U-16 di Penang adalah yang kejohanan kompetitif pertama selepas menjadi Ketua Jurulatih Perlis.
Sairul Amar berkata sasaran adalah supaya kali ini anak didiknya berjaya melepasi peringkat kumpulan kerana cabaran adalah sangat getir dari pasukan-pasukan seperti hos Pulau Pinang, Selangor, Sabah, Johor dan Kuala Lumpur.
“Kejohanan ini adalah satu pendedahan awal buat para pemain saya kerana sasaran sebenar adalah Sukan SUKMA tahun depan yang akan diadakan di Johor,” kata Sairul Amar yang berjaya memenangi 7 gelaran sebagai pemain badminton.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Pulau Pinang Razlan Abdullah, ini adalah masa terbaik untuk anak-anak buahnya membuktikan kemampuan sebenar selepas terlepas untuk menyapu bersih gelaran di kejohanan yang sama di Kota Bharu, Kelantan tahun lepas.
“Kali ini, saya membariskan pemain yang sama dan mereka akan mempunyai peluang terbaik untuk mendominasi kejohanan ini kerana mereka akan bermain di hadapan penonton tempatan,” kata jurulatih yang berusia 59 tahun itu dengan yakin.
Pada kejohanan yang lepas, Pulau Pinang menjuarai kategori U-12 Lelaki, U-16 Lelaki dan U-16 Perempuan dan nyaris-nyaris menyapu bersih semua gelaran apabila hanya kalah kepada Johor dalam kategori U-12 di peringkat separuh akhir untuk mendapat tempat ketiga.
Pada kejohanan tahun ini, pasukan-pasukan pilihan adalah Selangor, Johor, Sabah dan Kuala Lumpur untuk memberikan cabaran kepada pasukan tuan rumah Pulau Pinang di dalam semua kategori.