Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang membuktikan beliau dilandasan terbaik untuk memburu pingat di Sukan Olimpik Tokyo Julai depan selepas menaiki podium selaku pemenang pingat gangsa dalam final acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin, Jerman.
Henjutan Azizul tanpak tidak mampu untuk memintas dua pelumba yang berada didepan sekaligus akur menamatkan saingan dibelakang Yuta Wakimoto dari Jepun dan juara Harrie Lavreysen dari Belanda
Pingat gangsa yang diraih Azizul dalam acara Keirin di Kejohanan Dunia selepas Yvelines (2015) dan London (2016) manakala prestasi terbaiknya adalah kalungan emas ketika beraksi di Hong Kong pada 2017.