Gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Takzim (JDT) memulakan musim 2020 dengan langkah kanan selepas melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Kedah dalam saingan pembukaan Piala Sumbangsih.

Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim tampak menyuntik semangat juang anak didik Benjamin Mora bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.

Namun, JDT tampak tidak diberi laluan mudah untuk menguji kubu Lang Merah yang dikawal rapi Renan Alves dan Rizal Ghazali.

Ditambah gandingan Kpah Sherman dan Tchetche Kipre yang tampak berjaya mengucar kacirkan pertahanan tuan rumah.

Kedah seharusnya mendahului dibabak pertama menerusi peluang keemasan yang dimiliki  Hadin Azman, dan Kipre namun penyudah yang tumpul sekaligus mengecewakan pengendalinya, Aidil Sharin Ishak.

JDT yang tampak lebih bersabar mencari ruang dan peluang akhirnya berjaya memecah kebuntuan sebelum tamat 45 minit pertama.

Hantaran silang Gonzalo Cabrera ditanduk kemas Mauricio Dos Santos untuk menewaskan Ifwat Akmal sekaligus menjaringkan gol tunggal perlawanan. 

Safawi Rasid hampir melebarkan kedudukan namun percubaannya dipenghujung perlawanan tersasar sekaligus menyaksikan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan.

Kemenangan ini juga sekaligus memberikan 3 mata pertama untuk JDT bagi saingan Liga Super

- Advertisement -