Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan nama tujuh rakan penaja rasmi bagi memperkasakan musim kedua Malaysia Premier Futsal League (MPFL) iaitu MPFL 2020 yang bakal membuka tirai saingannya pada hujung minggu ini, 14 dan 15 Mac 2020.
Empat rakan penaja dari edisi sulung MPFL 2019 telah meneruskan komitmen mereka untuk bersama-sama FAM bagi menjayakan MPFL 2020 ini dengan disertai oleh tiga rakan penaja baharu bagi musim kedua ini.
Yoodo kekal sebagai Telekomunikasi Digital Rasmi seperti mana pada musim 2019 dan kali ini berperanan juga sebagai Penyiar Digital Rasmi; Joma sebagai Bola Rasmi, 100PLUS sebagai Air Minuman Rasmi manakala Astro sebagai Penyiar Rasmi.
Sementara tiga rakan penaja baharu bagi MPFL 2020 ini terdiri daripada Firefly sebagai Rakan Penerbangan Rasmi, Kaki Jersi sebagai Rakan Pakaian E-dagang Rasmi dan Cuckoo sebagai Rakan Penapis Air & Udara Rasmi.
Naib Presiden FAM, Datuk Haji Rosmadi Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM jelas gembira dengan kesediaan penaja-penaja musim 2019, terutamanya Joma sebagai Rakan Penaja Bola Rasmi MPFL musim lalu yang telah melanjutkan penajaan mereka bagi musim kedua ini.
“Kemeriahan edisi sulung MPFL 2019 telah membuatkan rakan-rakan penaja kita ini semuanya bersetuju untuk menyambung penajaan mereka bagi musim kedua iaitu MPFL 2020 ini. Mereka berpuas hati apabila jenama mereka turut sama dipaparkan pada setiap perlawanan MPFL 2019.
âKami di FAM sangat berterima kasih dengan sokongan yang diberikan oleh Joma untuk terus bersama MPFL 2020. Begitu juga Yoodo yang telah meningkatkan jumlah penajaan mereka pada musim 2020 ini berbanding daripada musim lalu. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka telah nampak yang MPFL ini mampu memberikan nilai tambah kepada produk dan jenama mereka.
“Selamat datang juga diucapkan kepada tiga rakan penaja baharu iaitu Firefly, Kaki Jersi dan Cuckoo. Diharap kehadiran mereka ini akan dapat menghangatkan lagi saingan musim kedua MPFL pada tahun 2020 ini,” kata Datuk Haji Rosmadi.
Majlis Pelancaran MPFL 2020 serta pengenalan rakan-rakan penaja rasmi ini telah berlangsung di Arena Futsal FAM, Wisma FAM, di sini, hari ini yang disempurnakan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin serta dihadiri oleh barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM yang lain serta wakil daripada pasukan-pasukan.
Selain penambahan rakan penaja rasmi, MPFL 2020 turut menyaksikan pertambahan jumlah pasukan iaitu daripada lapan pasukan kepada 12 pasukan yang bertanding dengan menampilkan empat pasukan baharu iaitu Sarawak, Kelantan, Negeri Sembilan dan KPM-PST Mustangs.
Tambah Datuk Haji Rosmadi:Â “Saya jangka saingan MPFL 2020 ini akan lebih kompetitif dan sengit dengan pertambahan pasukan dan jumlah perlawanan serta pengenalan kuota seorang pemain import bagi setiap pasukan yang sudah tentu akan menjadikan permainan lebih menarik.”
Sementara itu, Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata:Â “Kami gembira untuk kembali sebagai Telekomunikasi Digital Rasmi bagi MPFL musim kedua ini. Kami juga berbangga diberi peluang sebagai rakan Penyiar Digital Rasmi pada tahun ini untuk memberikan lebih banyak pilihan untuk menonton aksi hebat MPFL khasnya kepada peminat-peminat futsal.â
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Philip See: âKami berbangga kerana dapat memainkan peranan sebagai rakan penerbangan rasmi dalam memberi sokongan kepada FAM. Ini adalah satu peluang keemasan bagi Firefly untuk menyokong sukan futsal Malaysia yang mana ia adalah sukan generasi masa kini.
âFirefly berbesar hati untuk membawa pasukan-pasukan yang luar biasa ini ke arena mereka dan menggalakkan para penonton pergi menyokong wira-wira yang berbakat ini. Dalam masa yang sama, ini adalah satu platform yang istimewa untuk mempromosikan destinasi-destinasi domestik Firefly iaitu Selangor, Kuantan, Kuala Terengganu dan Alor Setar dalam kalangan muda mudi yang meminati futsal.â
 Tambah Philip See: âPenglibatan Firefly adalah satu motivasi yang baik untuk menyokong pasukan, pegawai-pegawai dan peminat-peminat futsal Malaysia untuk terbang dengan kemudahan âBeyond Convenienceâ dan tidak perlu bimbang tentang keperluan perjalanan mereka. Selain itu, Firefly turut berasa bangga kerana sokongan Firefly dalam MPFL ini jelas menunjukkan kepada pemin
Pengarah Urusan Kaki Jersi, Nik Mohd Iqbal pula berkata: âPihak kami terus bersetuju untuk bekerjasama dengan penganjur MPFL memandangkan pada masa sama ia turut membantu kami untuk mempromosikan pakaian sukan yang sebelum ini lebih dikenali dalam sukan bola sepak. Tambahan pula, keyakinan kami untuk mengunakan platform e-commerce kami sendiri, www.kakijersi.comÂ
âTajaan yang diberikan adalah dalam bentuk tunai dan juga pakaian rasmi pegawai serta bib kegunaan kesemua pemain yang bakal bertanding di MPFL. Penajaan ini sekali gus membuktikan sokongan kami kepada MPFL dan berharap kami akan dapat terus bekerjasama pada masa depan.â
Saingan MPFL 2020 akan menyaksikan tiga perlawanan pertama dijadual berlangsung pada Sabtu, 14 Mac 2020 dengan pendatang baharu, Negeri Sembilan bertemu Perak, naib juara musim lalu Pahang berdepan Sarawak manakala Kuala Lumpur menentang Pulau Pinang.
Sementara tiga lagi perlawanan bagi Hari Perlawanan 1 ini akan berlangsung pada Ahad, 15 Mac 2020 dengan pasukan tempat ketiga musim lalu, Terengganu bertemu Kedah, KPM-PST Mustangs berdepan Kelantan manakala juara bertahan, Selangor MAC akan menentang Kuala Lumpur City FC.
Antara gelanggang-gelanggang yang digunakan bagi MPFL 2020 ini adalah Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam; Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan; Stadium Negeri, Kuala Terengganu; IIUM Kuantan Indoor Arena, Stadium Indera Mulia, Ipoh; Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar dan Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang.
Saingan MPFL 2020 akan berjalan sepanjang 22 Hari Perlawanan sehingga 26 September 2020 sebelum lapan pasukan terbaik dalam saingan liga ini akan beraksi pula pada pertandingan kalah mati iaitu Piala Futsal Malaysia 2020 dari 31 Oktober hingga 12 Disember 2020.