Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu.
Sebagai seorang wakil rakyat yang berpengalaman, SAM percaya beliau akan dapat memacu sukan negara ke arah kecemerlangan yang lebih tinggi.
Presiden SAM, Jasni Shafie menerusi kenyataan media, sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), SAM menerusi lebih 200 ahli di seluruh Malaysia, sentiasa menjalin kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta agensi-agensi dibawahnya menerusi pengamalan media sukan, bagi memastikan sukan di Malaysia dapat terus diangkat dalam bentuk publisiti dan sebaran media, seiring kemajuan dan peredaran semasa.
Tambahnya lagi, setiap Menteri Belia dan Sukan yang dilantik, secara automatik akan menjadi penaung bagi persatuan ini, justeru Exco SAM akan terus berhubung dan menjalinkan kerjasama dari masa ke masa agar hubungan yang terjalin bersama kementerian sejak sekian lama akan terus utuh sampai bila-bila.
Dalam masa sama, SAM turut merakamkan tahniah kepada Senator Wan Ahmad
Fayhsal Wan Ahmad Kamal, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan
yang baharu.
SAM juga akan turut bekerjasama dengan beliau dalam memastikan segala dasar dan
perancangan kementerian dapat disampaikan kepada masyarakat menerusi siaran
publisiti dan media seperti mana lazimnya sebelum-sebelum ini.