Atlet baling tukul negara, Jackie Wong menjadi atlet negara pertama yang disahkan positif jangkitan covid-19.

Perkara tersebut disahkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi kenyataan media hari ini.

Jackie dipercayai dijangkiti daripada ayah beliau yang juga didapati positif covid-19 dan telahpun pulang ke Sarawak pada 11 Mac dan dikuarantin di Hospital Sibu.

“Sebagai langkah segera untuk keselamatan dan kesihatan atletatlet pelbagai acara sukan, saya telah mengarahkan agar fasiliti MSN dan ISN yang telah dikunjungi atlet tersebut untuk ditutup sementara untuk tujuan proses pembasmian / sanitasi yang
sepenuhnya.

Proses ini dijangka selesai dalam masa 2-3 hari. Dengan kerjasama dan mengambilkira nasihat dan arahan KKM – atlet-atlet, jurulatih dan pegawai yang pernah berhubung rapat
(close contact) dengan atlet tersebut akan diasingkan dan telah dinasihati untuk ‘self quarantine’ di asrama, menjalani ujian screening’ dan menurut nasihat KKM yang selanjutnya,”kata Reezal

 

 

- Advertisement -