Persekutuan Sukan Para Asia Tenggara (APSF) mengesahkan tarikh baru bagi penganjuran Sukan Para ASEAN 2020 ditunda ke bulan Oktober berbanding Mac.
Ini adalah penundaan kali ketiga dibuat berhubung penganjuran sukan Para ASEAN ke 10 yang sepatutnya berlangsung sejurus selepas tamat Sukan SEA FIlipina ke 30.
Namun, atas faktor kewangan yang dihadapi, Jawatankuasa Penganjur Sukan Para ASEAN Filipina (PHILAPGOC) memutuskan untuk menunda kepada Januari sebelum ditunda kali kedua dan diganti kepada Mac.
Setiausaha Lembaga Pentadbir APSF, Mejar Jeneral Osoth Bhavilai menerusi kenyataan media, bermesyuarat yang berlangsung hari ini menerusi persidangan video memutuskan untuk menunda sukan Para ASEAN ke 10 susulan wabak covid-19 yang dilabel pandemik ketika ini dan merebak di sekitar Asia Tenggara.
Persidangan video yang dihadiri oleh Presiden Jawatankuasa Paralimpik Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, tuan rumah Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam dan mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden Majlis Paralimpik Filipina, Michael Barredo.
Lembaga pentadbir bersetuju untuk meminda Sukan Para ASEAN 2020 yang sepatutnya berlangsung pada 21-27 Mac ke 3 hingga 9 Oktober depan dengan syarat covid-19 terkawal dan tidak lagi dianggap merbahaya.
Justeru APSF berharap Jawatankuasa Penganjur Sukan Para ASEAN Filipina (PHILAPGOC) melakukan persediaan yang sewajarnya khususnya persiapan venue dan kemudahan berkaitan.
Lembaga pentadbir juga bersetuju untuk mengadakan mesyuarat pada penghujung Julai tahun ini untuk mengetahui perkembangan semasa berhubung wabak covid-19 dengan tarikh pindaan baru temasya itu berdasarkan perlembagaan dimana tuan rumah perlu memaklumkan APSF sekurang kurangnya 60 hari sebelum temasya bermula untuk memberi ruang kepada Jawatankuasa Koordinato APSF untuk mengadakan pemeriksaan venue dan mengukur tahap kesediaan tuan rumah.
APSF juga mengingatkan kepada atlet dan pegawai untuk mengikuti panduan yang telah diberikan bagi mengelak jangkitan covid-19