Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) melihat kaedah perbincangan bukan jalan penyelesaian terbaik berhubung isu pemotongan gaji melibatkan pemain bolasepak Liga Malaysia susulan pandemik Covid-19 dan tiada perlawanan berlangsung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

Bagi PFAM, kaedah pemotongan gaji yang dicadangkan oleh beberapa pasukan dianggap bukan jalan terbaik memandangkan kedudukan kewangan pasukan atau kelab berbeza beza.

Bagi PFAM, kontrak yang telah ditanda tangani diantara pemain dan pasukan wajar dihormati terutama isu pembayaran gaji.

Rata rata pemain dilihat tidak menerima gaji yang tinggi selain komitmen individu atau keluarga yang perlu dijadikan keutamaan selain kos kehidupan.

PFAM yang diterajui pemain PJ City FC Safee Sali juga melihat, isu melibatkan tunggakan gaji yang masih belum reda sehingga ke saat ini bakal menambahkan lagi kekeruhan.

Cadangan pemotongan gaji rata ratanya datang daripada pasukan yang mempunyai masalah tunggakan gaji 

Justeru PFAM mengharapkan pengurusan pasukan untuk meneruskan sistem sedia ada berdasarkan kontrak yang telah dipersetujui oleh kedua dua pihak.

Dalam pada itu pihak PFAM turut mengucapkan syabas dan melahirkan rasa gembira dengan inisiatif yang dilakukan oleh sahabat-sahabat mereka di JDT, dengan menyumbangkan sebahagian gaji mereka bagi membantu pihak yang memerlukan.

Kepada ahli yang ingin memberikan sumbangan sempena COVID-19, boleh terus berhubung dengan PFAM, dan sumbangan akan disalurkan kepada pihak-pihak yang memerlukan.

- Advertisement -