Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menunda kejohanan yang berlangsung sekitar bulan Mei hingga Julai susulan pandemik Covid 19 yang masih dilabel sebagai ancaman di serata dunia.
Ia termasuk kejohanan berstatus gred dua dan tiga dan keputusan dibuat selepas rundingan dilakukan melibatkan negara negara tuan rumah dan persekutuan benua
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, keutamaan BWF ketika ini adalah keselamatan dan kesejahteraan kesemua yang terlibat samada pemain, pegawai pasukan dan pertandingan serta komuniti badminton.
Pertandingan gred dua yang terjejas dengan penangguhan itu adalah Terbuka Crown Group Australia dijadual diadakan dari 2-7 Jun, Terbuka Toyota Thailand ( 9-14 Jun), Terbuka Indonesia (16-21 Jun) dan Terbuka Rusia (7-12 Julai).
Kejohanan bagi gred tiga; Cabaran Li-Ning Denmark yang sepatutnya diadakan dari 7-10 Mei, FZ Forza Slovenia International (13-16 Mei), Yonex Latvia International (28-31 Mei), Cabaran Antarabangsa Ciputra Hanoi–Yonex Sunrise Vietnam (2-7 Jun).
Kejohanan lain yang terjejas adalah RSL Lithuanian International (4-7 Jun), Canada Para Badminton International ( 9-14 Jun), Russian International Junior White Nights ( 25-28 Jun), White Nights (1-5 Julai) dan Kejohanan Badminton Remaja All-England (16-19 Julai).
Sebelum ini, BWF telah mengumumkan untuk membekukan ranking dunia dan ranking remaja dunia susulan Covid 19.