Pemain sayap Liverpool, Sadio Mane ‘memasang’ hasrat untuk berhijrah dengan Real Madrid dikatakan pilihannya ketika ini.
Pemain berusia 28 tahun itu dikatakan kecewa kerana tidak mendapat sokongan daripada pengurus The Reds, Jurgen Klopp.
Kelibatnya boleh dianggap sebagai antara tunjang kepada kejayaan Liverpool sepanjang musim lalu termasuk menjulang trofi Liga Liga Juara Eropah, namun namanya gagal untuk menyerlah di dalam anugerah Ballon d’Or apabila menduduki tempat keempat berbanding rakan sepasukan yang beraksi di posisi pertahanan,Virgil Van Dijk.
Mane hanya mendapat 347 mata berbanding Van Dijk yang meraih 679, untuk berada ditangga kedua, kurang tujuh mata berbanding juara Ballon d’Or 2019, Lionel Messi.
Kenyataan Klopp yang menyebelahi Virgil Van Dijk menambahkan lagi kekecewaan Sadio Mane.
Spekulasi bertiup, meskipun Sadio Mane sedang ‘bahagia’ di Anfield ketika ini, namun jauh disudut hatinya tidak menolak untuk berhijrah andai Real Madrid mengadakan perbincangan.
Ia sekaligus menyalakan impian pemain kelahiran Senegal ini untuk memecah rekod sebagai pemain pertama dari benua Afrika yang memenangi anugrah Ballon d’Or.
Khabar angin juga mengatakan Mane tidak memasang impian untuk ‘tinggal lama’ di Liverpool dan Real Madrid dijangka akan melakukan bidaan untuk membawanya ke Santiago Bernabeu dengan nilai perpindahan sekitar 150 juta Euro.
Liverpool sebelum ini mendedahkan Sadio Mane tidak akan dijual kepada mana mana kelab sekalipunÂ