FA England dijangka melakukan pemotongan peruntukkan tahunan kira kira £75 juta susulan Covid 19 .

Keputusan ini dibuat untuk menampung semula kerugian sekitar £300 juta untuk tempoh empat tahun.

Dengan situasi tidak menentu terutama isu penyambungan semula Liga Perdana Inggeris (EPL) yang masih lagi di dalam perdebatan 

Menerusi surat yang ditulis oleh Pengerusi, Greg Clarke kepada ahli jawatankuasa, situasi ini mungkin memakan masa untuk membawa semula penonton ke stadium untuk menyaksikan perlawanan.

Malah segala perancangan akan datang juga akan menerima kesan susulan pemotongan bajet ini. Justeru rancangan sokongan sedang dibincangkan.

Dengan situasi semasa yang sedang berlaku dan perancangan yang telah dibincangkan, Greg mengharapkan semua pihak memberi sokongan terhadap pelan baru ini.

Majoriti liga prfesional di seluruh dunia ditangguhkan sejak Mac susulan penularan Covid 19 dan di Great Britain, 28500 kematian telah direkodkan.

Perbincangan menerusi sidang video diadakan bagi memutuskan sesi latihan yang dijangka bermula pada bulan ini dan perlawanan kompetitif yang dijangka dilangsungkan pada Jun dalam keadaan stadium kosong.

Perolehan yang diterima oleh Premier League ketika musim 2018-2019 adalah £467 juta dimana 70.6 juta adalah hasil yang dikutip dari Stadium Wembley menerusi penganjuran acara atau kejohanan.

manalala £262.6 juta pula diperolehi menerusi hak penyiaran dalam dan luar negara bagi perlawanan Piala FA dan perlawanan domestik.

Tambah Greg lagi, agak sukar untuk menjangkakan perubahan yang akan berlaku dalam ekosistem bolasepak secara keseluruhannya.

Malah, pihaknya juga tidak mampu untuk meramal situasi melibatkan peminat kerana mereka adalah nadi utama bagi bolasepak.

 

 

 

 

- Advertisement -