Juara dunia dua kali Formula One, Fernando Alonso mahu cabaran yang lebih sengit dalam sukan permotoran dan tidak menolak akan kembali ke saingan F1.

Spekulasi bertiup Alonso sedang dipantau dan berkemungkinan akan bersama pasukan Renault selepas pemandunya Daniel Ricciardo berhijrah untuk bersama pasukan McLaren

Jelas Alonso, keadaan fizikalnya masih kuat dan motivasinya masih ditahap tertinggi dan mahukan cabaran yang lebih sukar dan tidak mustahil untuknya kembali semula samada ke saingan F1 atau Indycar.

Alonso memenangi kejuaraan dunia bersama pasukan Renault ketika 2005 dan 2006 sebelum mengundurkan diri daripada arena F1 pada 2018.

Pelumba kelahiran Sepanyol itu juga pernah memenangi perlumbaa Le Mans 24 jam malah menamatkan saingan Rali Dakar ditangga ke 13 dalam penampilan sulungnya pada Januari.

Beliau juga merancang untuk beraksi di perlumbaan litar Indianapolis 500 

 

 

- Advertisement -