Jurulatih skuad kebangsaan Belgium, Roberto Martinez akan terus menerajui pasukan kebangsaan itu sehingga 2022
Bekas pengurus Everton ini mengambil alih posisi sebagai pengendali skuad kebangsaan Belgium pada 2016, malah mengukir prestasi tersendiri apabila menamatkan saingan Piala Dunia 2018 di tangga ketiga.
Kontrak pengendali kelahiran Sepanyol ini sepatutnya tamat sehingga saingan EURO 2020,namun kejohanan itu dibatalkan susulan pandemik Covid 19
Sepanjang mengendalikan The Red Devils, pengendali berusia 46 tahun itu meraih 34 kemenangan 6 keputusan seri dan tiga kekalahan sepanjang 43 perlawanan yang telah dihadapi.
Malah, pencapaian ini memastikan Belgium menghuni tangga teratas ranking dunia yang dikeluarkan FIFA.
Roberto Martinez memulakan kariernya sebagai jurulatih pada 2007 dengan mengendalikan Swansea sebelum dipikat Wigan Athletics pada 2009 dan merangkul trofi Piala FA pada 2013 dengan menewaskan Manchester City.
Namun pencapaian itu tercalar selepas Wigan tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris.