Wilayah Battambang bakal mempunyai venue bertaraf antarabangsa apabila pusat akuatik yang dibina telah mencapai hampir 70 peratus siap.

Pusat Akuatik ini dibina dengan kos dianggarkan sekitar USD 2 juta terletak di sebuah Universiti Battambang dengan ukuran 65 x 112 meter yang menepati piawaian kolam renang bagi sukan Olimpik.

Selain acara renang, pusat akuatik ini juga mampu untuk dijadikan venue bagi acara terjun selepas dilengkapi dengan fasiliti serta kelengkapan bertaraf antarabangsa seperti papan anjal, menara terjun serta tempat duduk untuk penonton.

Kerajaan pusat Kemboja mengharapkan dengan kemudahan yang telah dibina diharap mampu membantu atlet atlet renang negara itu amnya untuk menjalani latihan sebelum saingan sukan dwitahunan , Sukan SEA 2023 bermula.

 

- Advertisement -