Sejak perpindahannya ke Juventus, bintang Portugal, Cristiano Ronaldo tampak ‘sepi’ terutamanya dalam perebutan anugerah bolasepak.

Ronaldo hanya meraih gelaran Pemain Terbaik Serie A pada 2018 selepas Juventus turut meraih gelaran juara liga ketika itu.

Namun, selepas itu, namanya ‘sepi’ daripada dipanggil untuk menaiki podium sebagai pemenang termasuk beberapa anugerah besar seperti Ballon d’Or yang merupakan gelaran tertinggi bagi seorang pemain bolasepak.

Pemain berusia 35 tahun itu yang sinonim dengan status kasut emas dalam saingan Liga Juara Juara Eropah.

Ketika bersama Real Madrid, CR7 memenangi gelaran ini sebanyak enam kali dan sekali ketika bersama Manchester United.

Namun, bagi musim ini, penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski mengungguli carta dengan 11 gol dihasil sementara Ronaldo tampak jauh ketinggalan.

Senarai penjaring terbanyak Serie A juga tampak sedikit sukar buat pemain antarabangsa Portugal ini apabila ketinggalan 6 gol dibelakang penyerang Lazio, Ciro Immobile yang meledak 27 gol setakat ini.

Pemain kebangsaan Portugal itu juga terlepas gelaran Pemain Terbaik UEFA selepas Modric dan Virgil van Dijk memenanginya pada dua edisi terakhir.

 

- Advertisement -