Dua slot Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang diperolehi skuad memanah para negara tampak masih belum mencukupi buat jurulatihnya, Marzuki Zakaria.

Beliau melihat anbak didiknya mampu untuk menambah satu lagi slot bagi kategori wanita berdasarkan prestasi di kejohanan yang pernah disertai.

ā€œKita mensasarkan satu lagi slot menerusi acara compound individu wanita. Kita lihat ada potensi pada kategori tersebut dan berharap wakil negara kita dapat meraih slot itu tahun depan,”kata Marzuki

Dua slot ke Tokyo 2020 diraih S.Suresh selepas muncul juara di Kejohanan Memanah Para Dunia 2019 di Belanda dan Wiro Julian yang mengesahkan slot ke Tokyo tahun depan selepas meraih pingat perak acara compound lelaki di Kejohanan Kelayakan Benua Asia di Bangkok, Thailand.

Nor Jannaton Abdul Jalil pula hampir layak ke Tokyo namun gagal selepas tewas pada peringkat separuh akhir acara compound individu wanita di Bangkok.

- Advertisement -