Selepas dikritik kerana gagal mencari mata di Goodison Park, Liverpool mempamer belang mereka selepas membelasah Crystal Palace 4-0 dilaman sendiri.

Trent Alexander-Arnold membuka tirai gol di minit ke 22 hasil sepakan percuma sebelum pemain sensasi The Kops, Mohamed Salah melebarkan kedudukan kepada 2-0 sebelum tamat babak pertama.

Fabinho pula mencetak nama selaku penjaring ketiga Liverpool hasil rembatan deras dari luar kotak penalti di minit 54 sebelum Sadio Mane melengkapkan pesta gol skuad kendalian Jurgen Klopp.

 

Selepas 31 perlawanan, Liverpool mengumpul 86 mata dan hanya memerlukan dua mata untuk mengesahkan status selaku juara Liga Perdana Inggeris musim 2019/2020.

Pertemuan menentang Aston Villa pada 5 Julai depan bakal menoktahkan samada Liverpool sah dinobat juara EPL atau terpaksa melanjutkan tempoh menunggu.

SEMENTARA ITU, kehadiran semula pertahanan, Aaron Wan Bissaka, Paul Pogba ditambah ‘sengat’ Bruno Fernandes memastikan Anthony Martial meledak hatrik untuk membantu Manchester United menewaskan Sheffield United di Old Trafford.

Jaringan pembukaan hadir di minit 7 sebelum Martial melebarkan kedudukan kepada 2-0 sebelum tamat babak pertama.

 

Gol ketiga hadir diminit 74 sekaligus menamatkan penantian Anthony Martial untuk meledak hatrik selepas gagal melakukannya untuk tempoh tujuh tahun.

Kini skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer perlu sabar menanti dan berharap Chelsea tumbang di tangan Manchester City pada Jumaat,

The Red Devils yang menghuni tangga kelima hanya dipisahkan dua mata dibelakang Chelsea.

 

 

 

- Advertisement -