Atlet para berbasikal, Najib Turano mangakui alami sakit badan selepas sekian lama tidak menjalani latihan intensif.

Jelas Najib, beliau dan rakan sepasukan ketika ini dalam fasa menyesuaikan diri dengan sesi latihan yang telah ditinggalkan hampir tiga bulan.

“Kita dah lama tak masuk trek dan gimnasium, kita buat benda yang dah lama tak buat. Jadi badan tu terasa sakit”

“Tapi Alhamdulillah hampir dua minggu berlatih saya mula menyesuaikan diri dengan keadaan seperti sebelum PKP bermula”.

Dalam pada itu, jurulatih Salehudin Mohd Noh menjelaskan kecergasan atlet berbasikal berada di tahap memuaskan memandangkan setiap atlet diberikan program latihan semasa berada dirumah.

“Bermula PKP kita memantau setiap masa latihan yang diberikan. Jadi bila kem latihan ini bermula mereka masih boleh mengekalkan kecergasan”.

Mengulas mengenai Sukan Paralimpik Tokyo, Salehudin berharap skuad negara dapat mengekalkan 3 slot yang telah diraih sebelum ini.

7 atlet para berbasikal terlibat pada kem latihan yang bermula 8 Jun hingga 30 Jun ini.

- Advertisement -