Mesej yang cukup jelas diberikan Pesuruhjaya Sukan, Dr Wirdawati Mohd Radzi kepada pengurusan persatuan sukan kebangssaan terutama yang cukup sinonim dengan menunggu rezeki jatuh ke riba untuk berdikari dalam menguruskan persatuan masing masing.

Malaysia sentiasa meriah dengan cerita tunggakan bayaran samada gaji, elaun dan perkara berkaitan dimana atlet seringkali menjadi mangsa sehingga terpaksa merayu untuk menuntut hak masing masing.

Tidak dinafi ada persatuan sukan yang cemerlang meskipun tidak banyak mengubah sistem pentadbiran dan diurus tadbir oleh individu yang sama untuk tempoh yang panjang malah berjaya mengurus persatuan dan atlet masing masing tanpa mengharapkan sepenuhnya bantuan daripada kerajaan.

Tidak kurang juga pengurusan persatuan yang terlalu ego dan ‘sukar’ melepaskan jawatan kerana matlamat peribadi dan menjadikan persatuan sebagai punca rezeki meskipun sudah beberapa kali berdepan tindakan.

Jelas Dr Wirdawati, pemimpin persatuan sukan perlu BIJAK dalam menjana pendapatan untuk memastikan organisasi berfungsi dengan baik kerana bantuan yang disalurkan samada daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak boleh menampung semua keperluan.

Top 10 Shock Opening F1 Races

Justeru, Dr Wirdawati mahu pengurusan untuk berdikari jika mahu dilabel sebagai persatuan sukan yang baik.

Hampir 11,000 persatuan sukan sama ada di peringkat negeri dan kebangsaan, berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan.

“Jadi persatuan kena bersedia yang mana mereka perlu berdikari, yang merupakan salah satu ciri persatuan sukan yang baik. Teras perniagaan anda adalah latihan dan buat pertandingan, produk atau keputusan anda adalah pencapaian atlet di bawah persatuan berkenaan,” katanya ketika menjadi salah seorang panel dalam Program Bicara Sukan Edisi IV: Pengurusan Sukan Berkualiti Meningkat Prestasi Sukan Negara disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube UiTM Channel

Tahniah kepada yang layak untuk digelar persatuan sukan kebangsaan yang baik, manakala yang selebihnya, jadikan saranan Pesuruhjaya Sukan sebagai objektif paling atas dalam carta organisasi.

 

 

- Advertisement -