31 pemain hoki kebangsaan turun menjalani sesi latihan pertama selepas lebih tiga bulan terpaksa berehat susulan pandemik Covid 19.
Peringkat awal sesi latihan lebih menumpukan mengembalikan motivasi pemain pemain yang hanya menjalani latihan di rumah.
Mohd Nasihin Nubli Ibrahim dan Mohd Amin Rahim yang diberi peranan oleh Roelant Oltmans untuk mengendalikan sesi latihan tidak memberi sebarang program khusus kerana mahu pemain pemain mendapatkan sentuhan dan keserasian dengan kayu hoki
Tumpuan juga untuk memastikan tiada kecederaan serius menimpa pemain pemain sepanjang sesi latihan sebelum meneruskan program latihan yang telah dirangka untuk mereka.
Roelant Oltmans sedang menjalani kuarantin wajib selama 14 hari selepas kembali dari Belanda pada Isnin lalu.
Sesi latihan skuad hoki adalah sebagai persiapan sebelum mengharungi saingan trofi Juara Juara Asia yang dijadual berlangsung di Dhaka, Bangladesh pada November depan.