#Pusingan Pembuka Tirai Bakal Berlangsung Di Litar Sepang Minggu Ini
KEJUARAAN PETRONAS Cub Prix Malaysia berbesar hati mengumumkan kalendar baharu bagi musim 2020 selepas kerajaan memberi ‘lampu hijau’ untuk sukan yang tidak membabitkan sentuhan boleh kembali dianjurkan bermula 15 Julai ini.
Kalendar baharu Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS untuk musim 2020 akan berlangsung selama lapan pusingan.
Buat masa ini, aktiviti kejuaraan akan tertumpu pada litar tetap untuk mematuhi SOP perlumbaan tanpa penonton.
Namun demikian, kalendar musim 2020 masih tertakluk kepada perombakan baharu sekiranya perubahan terhadap SOP perlumbaan diumumkan lagi.
Sekali lagi, Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MAM (Motorsports Association of Malaysia), Sepang International Circuit, agensi-agensi kerajaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), rakan-rakan korporat, pasukan-pasukan perlumbaan, para pelumba, pihak media massa dan semua yang terlibat di atas kesabaran dan pemahaman yang dihulurkan dalam tempoh masa ini.
Bagi pihak komuniti Cub Prix, kami berharap peminat-peminat sukan permotoran negara akan tetap memberi sokongan kepada kejohanan domestik dan pelumba-pelumba tanahair.
Kalendar Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS Musim 2020 (dikemaskini pada 13hb Julai, 2020)
Pusingan 1 Litar Sepang (Utara) 17 – 18 Julai, 2020
Pusingan 2 Tangkak 22 – 23 Ogos, 2020
Pusingan 3 Litar Sepang (Selatan) 2 – 3 September, 2020
Pusingan 4 Kuala Terengganu 18 – 19 September, 2020
Pusingan 5 Tangkak 10 – 11 Oktober, 2020
Pusingan 6 Litar Sepang (Selatan) 31 Oktober – 1 November, 2020
Pusingan 7 Litar Sepang [bakal diumumkan]
Pusingan 8 Tangkak 12 – 13 Disember, 2020