Kebanyakkan pelumba dan pasukan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS teruja dan tidak sabar turun ke litar untuk pusingan pembuka tirai musim 2020 di Litar Sepang pada 17 dan 18 Julai ini.
Namun demikian, bagi juara bertahan CP150, Ahmad Afif Amran, tiga bulan di mana perlumbaan terpaksa ditunda merupakan anugerah yang tidak dijangkai.
Sebelum arahan PKP diturunkan, Afif menghadapi musim yang agak mencabar, terutama apabila mengalami kecederaan semasa bertanding di pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia awal bulan Mac lalu.
“Saya terpaksa menjalani pembedahan untuk merawati tangan saya dan proses pemulihan dijangka memerlukan lebih kurang tiga bulan,” jelas pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing.
“Jangka masa MCO tepat memberikan masa yang diperlukan untuk berehat, berawat dan memulakan latihan.”