Ketika pasukan hoki kebangsaan sedang sibuk melakukan persiapan untuk mengharungi Piala Juara Juara Asia yang dijadual berlangsung di Dhakar, Bangladesh November depan, timbul satu perkhabaran yang mungkin menarik untuk dipantau.
Ketua jurulatih hoki negara, Roeland Oltman mendedahkan khidmatnya mungkin akan berakhir selepas kontraknya bersama The Speedy Tigers akan tamat pada tahun ini.
Kenyataan pengendali kelahiran Belanda ini keluar susulan keputusan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yang memilik Arul Selvaraj sebagai pembantu kepada Oltmans dan akan memulakan tugasnya pada Ogos depan.
Keputusan KHM untuk memilih Arul Selvaraj tampak sesuai berdasarkan reputasinya sebagai jurulatih UniKL yang memastikan kejuaraan treble dalam saingan liga hoki selepas muncul juara Liga Hoki Malaysia (MHL), Piala Sumbangsih dan Piala TNB pada tahun ini.
KOMEN ROELANT OLTMANS DAN MARHAN ABD JALIL
Pemain juga menyambut baik keputusan KHM berhubung perlantikan Arul ke dalam keluarga The Speedy Tigers dan melihat ia akan membantu aspek latihan.
KHM mengumumkan Arul Selvaraj akan memulakan tugas bermula 15 Ogos depan dimana tugasnya adalah sebagai ketua kepada dua lagi penolong jurulatih, Muhammad Amin Rahim dan jurulatih penjaga gol, Nasihin Nubli Ibrahim.