Sesi latihan badminton melibatkan semua peringkat umur hampir lengkap sepenuhnya apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membenarkan pemain pemain remaja kembali ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara secara berperingkat.

Pemain pemain berumur 16-18 tahun akan melaporkan diri pada 26 Julai manakala pemain pemain umur 13-15 tahun pula akan kembali ke ABM pada 16 Ogos depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan BAM, Datuk Ng Chin Chai menerusi laporan media tempatan berkata, kesemua 75 pemain dan 10 jurulatih ini tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dimana mereka akan menjalani ujian calit Covid 19.

Memandangkan masih tiada kejohanan antarabangsa yang berlangsung setakat ini susulan pandemik Covid 19, fokus utama pemain pemain ini adalah persiapan bagi mengharungi Kejohanan Kebangsaan Bawah 21 tahun yang dijadual bermula dari 2-6 September dan Grand Prix Sirkit Akhir Remaja Kebangsaan pada 27-31 Oktober depan.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada Mac, pemain pemain ini menjalani latihan fizikal menerusi pemantauan yang telah dijalankan di aplikasi zoom dan kelas secara atas talian.

Pemain pemain akan memberi tumpuan terhadap kejophanan antarabangsa iaitu Kejuaraan Remaja Dunia yang dijadual berlangsung pada Januari di New Zealand.

Tambah Ching Chai lagi perbincangan telah diadakan dengan Pengarah Pembangunan, Datuk Misbun Sidek untuk menambah jumlah jurulatih namun perkara ini akan dibincang lebih lanjut sebaik kesemua pemain melapor diri.

 

 

- Advertisement -