Representatives of various sports federation attend the meeting. KT/Yeun Punleau

 

Meskipun sibuk dengan persiapan untuk menganjurkan temasya Sukan SEA ke 32 pada 2023, Kemboja tidak melupakan temasya edisi 31 yang dijadual berlangsung pada tahun depan.

Wakil wakil persatuan sukan kebangsaan berkumpul di Majlis Olimpik Kemboja (NOCC) pada 28 Julai lalu dan turut dihadiri Menteri Pelancongan, Thong Khon yang juga merupakan Naib Presiden Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kemboja 2023 (CAMSOC).

Pertemuan ini tidak memfokuskan tentang persiapan kesemua wakil bahagian bagi Sukan SEA 2023 tetapi membincangkan potensi pingat yang mampu diperolehi ketika di Sukan SEA ke 31 di Vietnam penghujung tahun depan.

Mereka juga memutuskan atlet atlet dan pegawai kontinjen yang terlibat akan menginap di hotel dan tidak akan menetap di perkampungan atlet.

Justeru bagi memudahkan proses pendaftaran Setiausaha Agung NOCC, Vath Chamroeun mahu dokumentasi dilakukan dengan secepat mungkin untuk pendaftaran secara atas talian.

Kemboja juga sedang merangka penyertaan atlet berdasarkan jumlah sukan yang akan ditetapkan oleh Vietnam selaku tuan rumah Sukan SEA 2021.

Sandaran bagi Kemboja adalah gusti, petanque, taekwondo, tinju, seni mempertahankan diri (Khmer) dan tenis.

Edisi 2019, Kemboja meraih 4 emas, 6 perak dan 36 pingat gangsa untuk menghuni tangga kelapan keseluruhan.

Vietnam belum memuktamadkan sukan sukan yang akan dipertandingkan di temasya edisi ke 21 itu, namun telah menetapkan 36 jenis sukan sahaja.

Kesemua wakil negara bertanding termasuk Vietnam selaku tuan rumah telah mengadakan perbincangan tentang jumlah sukan yang akan dipertandingkan di Sukan SEA 2021 ketika mesyuarat Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF).

Rayuan daripada negara negara terhadap beberapa sukan untuk dimasukkan termasuk penambahan jumlah sukan yang dipertandingkan masih dalam perbincangan oleh jawatankuasa penganjur sukan SEA 2021 Vietnam dan berkemungkinan akan diputuskan pada November depan.

 Hanoi akan menjadi venue kebanyakan acara sukan yang dipertandingkan di Sukan SEA dan lain lain bandar yang terlibat seperti Haiphong, Nam Dinh, Vinh Phuc, ha Nam, Quang Ninh, Ninh Binh, Hoa Binh dan Hai Duong.

 

 

- Advertisement -