Pasangan bergu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengungguli kedudukan selaku peneraju selepas melakar kemenangan 100 peratus dalam dua perlawanan di Kejohanan Badminton Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Kian Meng dan Pei Jing tidak diberi laluan mudah untuk melakar kemenangan ke atas Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dalam pertarungan tiga set 21-19, 16-21, 21-10.
Mereka berkongsi dua mata dengan namun beraksi kurang satu perlawanan berbanding Peng Soon-Liu Ying yang kini menghuni tangga kedua.
Dalam saingan bergu lelaki kumpulan B, Chen Tang Jie-Nurfirdaus Azman meraih kemenangan pertama selepas melakar kemenangan ke atas gandingan Chang Yee Jun-Chia Wei Jie 23-21, 14-21, 21-15.
Tang Jie-Firdaus menghuni tangga ke empat dengan satu mata, ketinggalan satu mata dibelakang tiga bergu – Low Hang Yee-Ng Eng Cheong, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.
Sementara itu saingan perseorangan lelaki menyaksikan kemenangan memihak Lim Chong King yang mengesahkan kemenangan ke atas Soong Joo Ven.
Tewas 16-21, Chong King yang juga naib juara Divisyen 2 bangkit untuk melakar kemenangan 21-16 di set kedua sebelum mengesahkan kemenangan selepas Joo Ven menarik diri di set ketiga akibat kecederaan.
Dalam pada itu, perseorangan negara, Lee Zii Jia menjadi pemain ke empat yang menarik diri daripada meneruskan saingan selepas Liew Daren dan Goh Soon Huat.
KEPUTUSAN PERLAWANAN – SESI MALAM
PERSEORANGAN LELAKI
Lee Zii Jia – Ng Tze Yong (walk over)
Lim Chong King – Soong Joo Ven (16-21,21-16, 3-0 (retired)
BERGU LELAKI – KUMPULAN B
Chen Tang Jie/Nurfirdaus Azman – Chang Yee Jun/Chia Wei Jie (23-21, 14-21, 21-15)
BERGU CAMPURAN
Tan Kian Meng/Lai Pei Jing – Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (21-19, 16-21, 21-10)