#Harijadi bakal menjadi lebih manis buat juara bertahan ‘heavyweight’ Stipe Miocic yang mengekalkan kejuaraan dalam aksi triologi bersejarah menentang Daniel Cormier

Aksi utama UFC 252 merupakan penyudahan triologi bersejarah antara dua gergasi UFC ‘heavyweight’, iaitu juara bertahan Stipe Miocic dan bekas juara Daniel Cormier.

Pusingan pertama menyaksikan Miocic melakukan kombinasi serangan yang baik, manakala Cormier pula menggunakan taktik mengepung dan tumbukan tangan kanan, sekaligus mengakhiri pusingan dengan hampir menumbangkan lawannya.

Aksi pusingan kedua lebih sengit, dan kali ini Stipe pula yang berjaya menjatuhkan Cormier di saat-saat akhir pusingan.

Dengan kedua atlit dijangka memenangi satu pusingan, pusingan ketiga menjadi lebih mendebarkan dengan Stipe dan Cormier lebih berani untuk mendapatkan kelebihan.

Miocic lebih menggunakan kombinasi manakala Cormier pula bijak untuk mengeluarkan kepakaran gusti beliau.

Pusingan keempat dan kelima menjadi lebih getir, dengan aksi gusti dan serangan bertubi-bertubi dari kedua pejuang ini. Miocic berjaya melandakan kombinasi serangan ke kepala dan badan, manakala tumbukan kanan dari Cormier juga mengena target beberapa kali.

Perlawanan ini sekaligus ditentukan oleh pengadil. Akhirnya, Miocic yang mengekalkan kejuaraan beliau menerusi keputusan mutlak hasil serangan dan penguasaan gelanggang yang lebih dari Cormier.

“Cormier merupakan atlit yang berbisa, oleh itu beliau telah memenangi begitu banyak kejuaraan dan menumbangkan atlit handal yang lain. Tetapi, saya akan pulang sekali lagi dengan kejuaraan. 19 haribulan ini merupakan harijadi saya,” kata juara UFC ‘heavyweight’ Miocic selepas menang.

Cormier pula memberi indikasi bahawa pertarungan itu bakal menjadi yang terakhir dalam karier UFC beliau.

“Berada dalam posisi kalah sememangnya menyedihkan, tetapi saya boleh menghadapinya. Saya tidak berminat untuk beraksi untuk apa-apa selain kejuaraan, dan saya rasa tiada lagi peluang kejuaraan untuk saya. Itu saja dari saya,” kata Cormier.

 

Marlon Vera menumbangkan Sean O’Malley di pusingan pertama

Aksi utama seterusnya mempamerkan dua atlit ‘bantamweight’ Sean “Suga” O’Malley and Marlon “Chito” Vera. Kedua atlit memulakan aksi dengan beberapa tendangan kreatif. Tetapi O’Malley tiba-tiba mengalami kecederaan kaki, dan Vera mengambil peluang untuk menjatuhkan beliau sebelum menyiku kepala O’Malley bertubi-tubi untuk mendapatkan
kemenangan pusingan pertama.

“Saya cuba untuk menjadi atlit tali pinggang hitam, gusti dan penyerang di peringkat tertinggi. Joe Rogan memberi saya nasihat terbaik untuk tidak membaca komen dan perkara negatif. Saya cuba menjadi orang yang positif dan sentiasa bekerja keras untuk keluarga dan negara saya. Dengan kerja keras, impian boleh menjadi kenyataan,” kata Vera.

 

UFC 252 aksi utama

Dalam pusingan pertama kad utama, John Dodson menyaksikan asakan pantas beliau dihentikan melalui aksi gusti dari Merab Dvalishvili. Walaupun Dvalishvili tidak dapat untuk menumbangkan Dodson, beliau memenangi ketiga-tiga pusingan sekaligus menjuarai perlawanan itu.

“Ramai orang termasuk kanak-kanak yang ingin menjadi seperti saya untuk beraksi di UFC. Saya gembira untuk menujukkan jika kamu bekerja keras seperti saya, kamu boleh menjadi macam saya. Ini baru permulaan, saya boleh melakukan lebih banyak lagi,” kata Dvalishvili.

Enam tahun sejak beraksi di kancah UFC, Daniel Pineda kembali dengan tujuan besar ke oktagon bertemu atlit yang semakin meningkat iaitu Herbert Burns. Pineda berjaya mengekang kesemua taktik jiu-jitsu dari Burns dan menggunakan taktik tersendiri untuk menjatuhkan dan membelasah lawannya untuk mendapatkan ‘knockout’ di pusingan kedua.

“Menjadi ‘underdog’ kelebihan buat saya. Saya telah melakukan kenyataan dengan kemenangan ini. Burns merupakan atlit yang bagus, beliau akan berjaya jua. Tetapi ini masa saya sekarang,” kata Pineda.

Dalam aksi penting kategori ‘heavyweight’, Junior dos Santos dan Jairzinho Rozenstruik menggunakan aksi ‘kick boxing’ mereka. Kedua pahlawan ini melandakan tumbukan besar, tetapi Rozenstruik yang berjaya mendapatkan ‘knockdown’ pertama, diikuti dengan tumbukan untuk ‘knockout’.

“Saya tahu ini perlawanan seimbang, jadi saya terus melakukan asakan terhadapnya. Kita merupakan atlit yang kuat, jika terkena tumbukan, pastinya akan berakhir. Saya merupakan atlit yang digeruni sekarang,” kata Rozenstruik.

UFC 252: Miocic vs Cormier 3
Keputusan Rasmi

Kejuaraan Dunia UFC ‘Heavyweight’
Stipe Miocic menang Daniel Cormier melalui keputusan mutlak

Marlon Vera menang Sean O’Malley melalui ‘TKO’
Jairzinho Rozenstruik menang Junior Dos Santos melalui ‘knockout’
Daniel Pineda defeated Herbert Burns melalui ‘TKO’
Merab Dvalishvili menang John Dodson melalui keputusan mutlak
Vinc Pichel menang Jim Miller melalui keputusan mutlak
Virna Jandiroba menang Felice Herrig melalui ‘arm bar’
Danny Chavez menang TJ Brown melalui keputusan

- Advertisement -