Pandemik Covid 19 yang melanda Kemboja memberi kesan terhadap kerja kerja menaik taraf Stadium Nasional Morodok yang akan dijadikan sebagai salah satu venue bagi Sukan SEA 2023.
Jawatankuasa Olimpik Kemboja dan beberapa lagi pegawai telah melakukan lawatan ke tapak pembinaan Stadium tersebut tidak merasa resah dengan situasi tersebut kerana kerja kerja pembinaan telahpun mencapai angka 80 peratus.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Olimpik Kemboja, Vath Chamroeun menjelaskan kelewatan pembinaan kerana perintah daripada kerajaan pusat yang menutup pintu masuk negara itu ketika ini.
Kebanyakkan pakar datang dari China dan mereka tidak dibenarkan masuk ke Kemboja susulan penularan Covid 19.
Malah, bahan bahan binaan juga diimport dari negara luar dan menghadapi kekangan untuk masuk ke negara itu.
Berdasarkan pemantauan, hanya kerja kerja hiasan sahaja yang belum lengkap sepenuhnya dan stadium tersebut dijangka siap pada Mac 2021 berbanding perancangan asal iaitu pada penghujung tahun 2020.
Stadium Nasional Techno Morodok diruntuhkan pada April 2017, berkeluasan 16.22 hektar menelan kos $160 juta dan mempunyai kapasiti tempat duduk 60 000.
Kemboja mahu menjadikan Sukan SEA ke 32 dengan openuh makna memandangkan ia merupakan kejohanan antarabangsa pertama yang dianjurkan oleh negara ituÂ