STOCKHOLM, SWEDEN – MAY 31: Anthony Smith poses on the scale during the UFC Fight Night weigh-in at Ericsson Globe on May 31, 2019 in Stockholm, Sweden. (Photo by Jeff Bottari/Zuffa LLC/Zuffa LLC via Getty Images)

 

#PERSEMUKAAN PENCABAR ‘LIGHT HEAVYWEIGHT’: DUA PENCABAR BERBISA ANTHONY SMITH DAN ALEKSANDAR RAKIC AKAN BERTEMBUNG DALAM TIGA PUSINGAN DI ACARA UTAMA

 

Bekas pencabar UFC ‘light heavyweight’ Smith (32-15) akan berazam untuk melakukan impak besar dengan satu lagi kemenangan berharga.

Beliau berbekalkan rekod menang 30 dari 32 kemenangan sebelum penamat perlawanan dan telah mengukuhkan prestasi sebagai atlit UFC yang kental dengan kemenangan ke atas over Alexander Gustafsson, Mauricio Rua dan Rashad Evans.

Smith akan mencabar untuk kejuaraan dengan menjadi atlit pertama untuk menumbangkan Rakic di kancah UFC.

Rakic (12-2) pula berazam untuk mencuri tumpuan dengan merekodkan kemenangan terbesar karier beliau.

Bekas ‘kickboxer’ ini telah menang 9 dari 12 kali menerusi ‘knockout’, dan menang dipusingan pertama menentang Jimi Manuwa dan Devin Clark.

Rakic kini ingin membuktikan bahawa beliau boleh bersaing dengan atlit terbaik divisi ini dan menjadi ancaman untuk kejuaraan.

 

LAS VEGAS, NV – JULY 11: Robbie Lawler reacts to his victory over Rory MacDonald in their UFC welterweight title fight during the UFC 189 event inside MGM Grand Garden Arena on July 11, 2015 in Las Vegas, Nevada. (Photo by Josh Hedges/Zuffa LLC/Zuffa LLC via Getty Images)

BEKAS JUARA UFC ‘WELTERWEIGHT’ ROBBIE LAWLER KEMBALI UNTUK BERTEMBUNG MENENTANG VETERAN NEIL MAGNY

Bekas juara ‘welterweight’ dan atlit kegemaran peminat Lawler (28-14) kembali ke gelanggang buat kali pertama selepas setahun.

Walaupun sudah lama tidak beraksi, Lawler merupakan atlit yang digeruni dan telah menang ke atas Rory MacDonald, Carlos Condit dan Johny Hendricks.

Beliau sekarang ingin melupakan rekod kalah dan kembali mencatat kemenangan penting.

Lawler mempunyai 20 kemenangan ‘knockout’, dan juga menang 12 kali di pusingan pertama.

Magny (23-8) pula merupakan ahli veteran UFC yang telah bertarung menentang nama terbesar divisi ‘welterweight’.

Magny mempunyai rekod cemerlang menang lima kali dalam tempoh setahun dan antara atlit yang pernah ditumbangkan oleh beliau termasuk Kelvin Gastelum, Johny Hendricks, Hector Lombard and Carlos Condit.

Kini, Magny akan berusaha untuk meneruskan rentak kemenangan dan memasuki tempat 10 terbaik divisi ini.

Impian itu diperkukuhkan dengan lapan kemenangan dari 11 perlawanan terakhir.

Pertarungan lain menyaksikan Ji Yeon Kim bertembung Alexa Grasso di aksi wanita ‘flyweight’, manakala Ricardo Lamas akan bertemu Bill Algeo dalam aski ‘featherweight’.

Aksi ‘light heavyweight’ pula melihat Magomed Ankalaev dan Ion Cutelaba bersemuka, manakala Maki Pitolo dan Impa Kasanganay akan bertarung dalam aksi Dana White’s Contender Series.

Selain itu, Mallory Martin akan berharap untuk merekodkan kemenangan UFC pertama menentang Hannah Cifers, manakala Alessio Di Chirico dan Zak Cummings beraksi di kategori ‘middleweight’.

Di divisi ‘featherweight’ pula, Alex Caceres akan cuba menumbangkan Giga Chikadze buat kali pertama.

Perlawanan lain adalah diantara Polyana Viana- Emily Whitmire di wanita ‘strawweight’, dan Sean Brady menentang Christian Aguilera di kategori ‘welterweight’.

- Advertisement -