Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin mendapat sokongan padu daripada ahli gabungan persatuan diatas kredibilitinya malah diharapkan terus memegang kerusi nombor satu badan induk bolasepak negara untuk penggal yang akan datang.

Sokongan itu disuarakan oleh ahli gabungan FAM ketika Datuk Hamidin yang tiba bagi menghadiri Kongres Tahunan badan induk bolasepak negara itu Kali ke 56 yang berlangsung di Petaling Jaya pada hari ini.

Selain Kongres FAM, turut dilangsungkan adalah majlis menandatangani perjanjian kerjasama diantara FAM dan syarikat penerbangan terkemuka negara, Malaysia Airlines.

 

- Advertisement -