foto – KV Kortrijk

 

Penyerang muda dalam pembikinan, Luqman Hakim Shamsudin tampak semakin ‘serasi’ bersama kelab Belgium, KV Kotrijk apabila meledak gol pertamanya bersama pasukan itu.

Luqman yang diberi peluang untuk beraksi buat pertama kali bersama skuad senior dalam aksi persahabatan diantara KV Kortrijk dengan BX Brussels.

Menurut laman rasmi KV Kortrijk Beliau dimasukkan selepas babak pertama meledak gol kedua pasukan selepas Mboyo membuka tirai gol.

Pelawat berjaya mencetak satu gol dipenghujung perlawanan pada masa kecederaan.

Luqman yang ditemuramah selepas perlawanan jelas gembira dengan prestasinya di padang Eropah dan berharap lebih banyak lagi yang akan dipelajari kelak di kelab itu.

“Perlawanan pertama adalah bagus tetapi agak sukar kerana bermain di Eropah. Semua pemain memberi tekanan tetapi ia bagus untuk saya belajar di Eropah.

“Sudah tentu saya gembira dengan gol ini. Jurulatih banyak membantu saya, dan sentiasa memberi dorongan. Walaupun sukar, saya tidak akan berputus asa dan akan berusaha,”kata Luqman.

Selepas tiba di Belgium, Luqman turut dibantu oleh pihak kelab dimana pemain berusia 18 tahun itu tinggal bersama keluarga angkat yang juga merupakan peminat kelab KV Kortrijk.

Beliau memulakan latihan bersama pasukan pada 3 September lalu dan turut membuat penampilan bersama skuad bawah 21 tahun ketika aksi persahabatan menentang KRC Gent.

Penampilan ketika itu menyaksikan Luqman menjaringkan gol tunggal pasukan meskipun tewas 1-4.

 

 

- Advertisement -