JUARA bertahan Selangor mengesahkan tiket ke perlawanan  akhir selepas mudah membenam Kuala Lumpur 4-0 pada perlawanan Kumpulan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini. 

Jangkaan awal pertembungan akhir membabitkan Selangor dan Pahang hampir menjadi kenyataan apabila Pahang hampir pasti layak dan hanya memerlukan seri pada pertemuan terakhir Kumpulan X menentang Negeri Sembilan esok (25 Sept). 

Selangor, yang menurunkan tiga pemain senior dan lima pemain junior kebangsaan, nyata ampuh dengan penguasaan padang yang kemas.  Dua gol jaringan Fatin Syafikah Madh Sukri pada minit ke-11 dan ke-59 sudah cukup menjulang Selangor untuk mara ke perlawanan akhir untuk tahun kedua berturut-turut.  

Ellyana Amanina Ellias dan Nurul Safikah Mat Isa masing-masing menyumbang satu gol pada minit ke-34 dan 58 untuk melengkapkan kemenangan besar Selangor. 

Jurulatih Selangor Ikmal Abdul Jabar berkata saingan kumpulan Y sememangnya sengit tetapi anak buah beliau berjaya bermain mengikut strategi yang dirancang. 

“Menentang Kuala Lumpur hari ini, gol awal kami membolehkan pemain bermain lebih tenang dan dapat mengatur strategi dengan baik.  

Namun, pada perlawanan akhir Sabtu ini,  saya jangkakan sukar kerana pasukan yang layak sudah pasti mempunyai kekuatan tersendiri. Tetapi kami sudah bersedia untuk pertahan kejuaraan,” kata Ikmal. 

KEPUUTUSAN PENUH:

KUMPULAN X (WANITA)

Pulau Pinang 5 Negeri Sembilan 1

 

KUMPULAN Y (WANITA)

Selangor 4 Kuala Lumpur 0

 

KEPUTUSAN KLASIFIKASI (WANITA)

Klasifikasi 10-11:                  Terengganu 3 Sarawak 1

Klasifikasi 7-9:                        Melaka 3 Perak 

- Advertisement -