Malaysian Football League (MFL) masih kekal dengan perancangan meneruskan kalendar Liga Malaysia 2021 meskipun mengesahkan dua penaja iaitu CIMB dan AirAsia telah menyatakan hasrat mereka untuk tidak bersama bagi saingan Liga Malaysia musim 2021.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datoâ Ab Ghani Hassan, MFL tetap menghormati hasrat penaja-penaja berkenaan untuk tidak dapat meneruskan komitmen bersama dalam kalendar Liga Malaysia bagi musim 2021 dan percaya MFL kekal positif dengan perancangan yang disusun sebelum ini.
âAirAsia telah menyatakan hasrat mereka untuk tidak melanjutkan penajaan bersama MFL bagi saingan Liga Malaysia musim 2021.
âSementara CIMB, MFL telah mengadakan pertemuan dengan mereka pada tiga hari lalu dan menyatakan hajat yang sama di mana pihak kami kini menunggu surat secara rasmi daripada CIMB yang tidak mahu melanjutkan penajaan bagi musim depan.
âSaya mewakili pihak MFL mahu mengambil kesempatan untuk melahirkan penghargaan kepada setiap penaja ini di atas sumbangan mereka kepada bola sepak negara ketika kita semua berdepan detik sukar dalam pandemik COVID-19 sebelum ini,â katanya dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.
Bagaimanapun, Datoâ Ab Ghani mengumumkan Telekom Malaysia (TM) terus kekal komited untuk menjadi penaja utama Liga Malaysia pada musim depan melalui perjumpaan beliau dan Presiden MFL, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dengan wakil pengurusan tertinggi TM pada 21 September lalu.
Tambah Datoâ Ab Ghani, F&N 100Plus juga meneruskan komitmen sebagai penaja Liga Malaysia berbentuk barangan biarpun tidak meneruskan tajaan secara tunai seperti musim lalu.
Sementara itu, Datoâ Ab Ghani memberitahu status Shopee selaku penaja masih berada di dalam peringkat rundingan berdasarkan kehadiran penonton di stadium pada musim 2021.
âTM masih bersama dengan MFL dan buat masa ini kami sedang mengadakan perbincangan berkenaan âpost mortemâ Liga Malaysia musim 2020 dan persiapan Liga Malaysia bagi musim 2021.
âSaya berharap semua pihak khususnya penyokong-penyokong tidak panik di sebalik ketiadaan penaja-penaja ini di mana MFL tetap akan meneruskan Liga Malaysia seperti biasa di mana MFL kini juga sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak yang menyatakan minat untuk menjadi penaja baharu.
âDalam masa yang sama, MFL turut mengalu-alukan kedatangan penaja-penaja baharu dan pintu MFL sentiasa terbuka kepada mereka yang berminat bagi perancangan Liga Malaysia musim 2021 dan tahun-tahun akan datang.
âSaya mewakili MFL juga sentiasa mendoakan kepada setiap rakan kongsi dan kelab yang bermain dalam Liga Malaysia musim 2021 akan cekal teruskan perjuangan walaupun terpaksa mengharungi cabaran yang getir demi memajukan liga tempatan,â katanya.