Saingan kejohanan badminton Remaja Berpasukan Campuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memperlihatkan penguasaan pasukan Junior Terminators yang melakar kemenangan kedua berturut turut selepas selepas mengatasi Junior Transformers 8-4 hari ini.

Terminators yang dipimpin Ong Zhen Yi nyata sukar untuk digugat lawan. Meskipun tidak beraksi pada hari ini, Zhen Yi memberi kata kata semangat untuk  memastikan rakan sepasukan memberikan aksi yang terbaik.

Junior Terminators mendahului 3-0 menerusi bergu campuran, Jimmy Wong-Cheng Su Hui, bergu lelaki, Kang Khai Zing-Muhd Faiq dan bergu wanta, Adiyna Anuar-Ong Xin Yee yang melakar kemenangan ke atas lawan masing masing.

Junior Transformers cuba bangkit merapat jurang mata menerusi Justin Hoh yang menundukkan Dylan Ooi 15-4, 15-12, namun Terminators kembali melebarkan jurang mata 5-1 menerusi Muhd Fazriq Mohd Razif yang menang ke atas Anson Cheong 15-7, 15-8.

Junior Transfomers bangkit meraih tiga mata berturut turut dalam acara bergu bermula dengan kemenangan Khor Jing Wen-Valeree Siow yang menundukkan Oh Jia Qi-Siti Nurshuhaini Azman 10-15, 15-8, 15-11 disusuli Choi Jian Sheng-Wan Muhammad Arif yang menang ke atas Jimmy Wong-Muhammad Haikal 15-10, 15-12 dan kemenangan Low Han Chen ke atas Muhd Faiq ke atas untuk kedudukan semasa 4-5.

Namun Junior Terminators menutup sisa perjuangan Junior Transformers apabila membolot baki empat mata sekaligus mengesahkan kemenangan mutlak 8-4.

Bermula dengan perseorangan lelaki, Kee Is Qian yang menang 15-11, 13-15, 15-14 ke atas Aaron Tai disusuli perseorangan wanita dimana Ong Xin Yee menundukkan Ng Wen Xi 15-4, 15-5 manakala Adiyna Anuar bangkit daripada kekalahan sebelum menundukkan Tan Zhing Hui 13-15, 15-14, 15-13.

Siti Nurshuhaini Azman menutup pesta kemenangan kelapan Junior Terminators selepas menundukkan Joanne Ng 15-3, 15-14

Muhd Fazriq Mohd Razif yang muncul wira pasukan Junior Terminators semalam antara yang gembira dengan pencapaian pasukannya.

“Game pertama saya semalam tewas kepada Ong Ken Yon kerana kurang tenang. Sudah tentu hari ini keputusan yang baik dan kami gembira kerana sokongan daripada semua pemain yang memberikan aksi terbaik.

“Ketika perlawanan pertama, saya masih belum menyesuaikan diri kerana penyokong penyokong lawan memberi tekanan tetapi selepas di set kedua dan seterusnya, keyakinan semakin tinggi,” kata Fazriq.

Junior Terminators kini mengumpul 2 mata – satu mata dibelakang adalah Junior Transformers dan Junior Avengers.

Junior Dominators masih belum pungut mata.

Sementara itu, Juniors Avengers terus menghidupkan peluang untuk memburu kelompok dua teratas selepas melakar kemenangan pertama. Menewaskan Junior Dominators 8-4.

Empat perlawanan pertama, menyaksikan kedua dua pasukan terikat dua sama.

Jacky Kok-Go Pei Kee  menghadiah mata pembukaan untuk Avengers selepas menang ke atas Wong Vin Sean-Low Yeen Yuan 15-11, 15-11 namun Ferdinan Ramno-Lok Hong Quan menyamakan kedudukan satu sama selepas menundukkan Jan Jireh Lee-Yeow Chun Cher  15-8, 15-12.

Chan Wen Tse dan Siti Zulaikha kembali meletakkan Junior Avengers didepan selepas mengatasi cabaran Carmen Ting-Christine Lam 14-15, 15-7, 15-12 namun Dominators sekali lagi menyamakan kedudukan dua sama hasil kemenangan Rex Hooi Shao Herng yang menundukkan V Poopathi 15-14, 15-8.

Avengers kemudiannya mengganas apabila membolot enam mata berturut turut antaranya menerusi kapten, Jacky Kok Jing Hong yang menundukkan kapten Junior Dominators Ong Ken Yon 15-11, 15-12 serta perseorangan wanita, Siti Zulaikha Azmi yang menang ke atas Oo Shan Zi 15-9, 10-15, 15-8.

“Saya puas hati dengan persembahan rakan rakan hari ini kerana walaupun kami tewas semalam, tetapi tidak menjatuhkan semangat dan terus bersaing sengit untuk mencari kemenangan.

“Saya juga bermain dengan baik dan kurang melakukan kesilapan hari ini dan berjaya menyumbang mata. Untuk pasukan, saya hanya mahu pemain pemain beraksi samarata dan mencari pengalaman, menang atau kalah adalah perkara kedua,” kata Jacky Kok.

 

Keputusan Perlawanan

Junior Avengers – Junior Dominators: 8-4

XD Jacky Kok+Go Pei Kee – Wong Vin Sean+Low Yeen Yuan (15-11, 15-11) 1-0
MD2 Jan Jireh Lee+Yeow Chun Cher – Ferdinan Ramno+Lok Hong Quan (8-15, 12-15) 0-1
WD2 Chan Wen Tse+Siti Zulaikha – Carmen Ting+Christine Lam (14-15, 15-7, 15-12) 1-0
MS2 V. Poopathi – Rex Hooi Shao Herng (14-15, 8-15) 0-1
MS4 Lee Yen Wei – V. Tamilarasu (12-15, 15-8, 15-12) 1-0
WD1 Cheng Su Hui+Go Pei Kee – Tan Zhing Yi+Wong Lily (15-11, 15-4) 1-0
MD1 Beh Chun Meng+Liew Xun – Goh Boon Zhe+Wong Vin Sean (9-15, 15-2, 15-13) 1-0
MS1 Jacky Kok – Ong Ken Yon (15-11, 15-12) 1-0
MS3 Jan Jireh Lee – Lok Hong Quan (15-11, 10-15, 15-7) 1-0
WS2 Siti Zulaikha – Oo Shan Zi (15-9, 10-15, 15-8) 1-0
WS3 Chan Wen Tse – Carmen Ting (13-15, 15-8, 12-15) 0-1
WS1 Myisha Mohd Khairul – Tan Zhing Yi (10-15, 15-13, 13-15) 0-1

 

Junior Terminators – Junior Transformers: 8-4

XD Jimmy Wong+Cheng Su Yin – Chua Kim Sheng+Valeree Siow (15-10, 15-8) 1-0
MD2 Kang Khai Xing+Muhammad Faiq – Aaron Tai+Low Han Chen (15-11, 6-15, 15-12) 1-0
WD2 Adiyna Anuar+Ong Xin Yee – Chong Jie Yu+Lim Yi Wei (9-15, 15-6, 15-11) 1-0
MS1 Dylan Ooi – Justin Hoh (4-15, 12-15) 0-1
MS2 Muhammad Fazriq – Anson Cheong (15-7, 15-8) 1-0
WD1 Oh Jia Qi+Siti Nurshuhaini – Khor Jing Wen+Valeree Siow (15-10, 8-15, 11-15) 0-1
MD1 Jimmy Wong+Muhammad Haikal – Choi Jian Sheng+Wan Muhammad Arif (10-15, 12-15) 0-1
MS3 Muhammad Faiq – Low Han Chen (15-11, 2-15, 13-15) 0-1
MS4 Kee Is Qian – Aaron Tai (15-11, 13-15, 15-14) 1-0
WS2 Ong Xin Yee – Ng Wen Xi (15-4, 15-5) 1-0
WS3 Adiyna Anuar – Tan Zhing Hui (13-15, 15-14, 15-13) 1-0
WS1 Siti Nurshuhaini – Joanne Ng (15-3, 15-14) 1-0

- Advertisement -