Situasi semasa Covid 19 yang tidak menentu di Jepun, penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Paralimpik 2020 menegaskan persiapan terus dilaksana meskipun negara tersebut menguatkuasakan darurat di Tokyo.

Kenyataan media penganjur, persiapan akan terus dilaksanakan tetapi dengan kawalan yang ketat termasuk aspek keselamatan sekaligus memastikan perancangan mengikut jadual yang ditetapkan.

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga mengumumkan darurat bermula dari 8 Januari sehingga 7 Februari di bandar metropolitan Tokyo, Saitama, Chiba dan Kanagawa bagi membendung penularan wabak Covid 19.

Suga dalam pada itu memberi jaminan penganjuran Tokyo 2020 akan tetap diteruskan mengikut jadual iaitu bermula 23 Julai hingga 8 Ogos.

Beliau juga akan memastikan penganjuran Tokyo 2020 berlangsung dalam keadaan yang selamat dan terkawal malah menjangkakan kehangatan sambutan melibatkan penduduk tempatan akan meningkat sebaik proses vaksinasi bermula.

Ada juga yang memberi pandangan sebaliknya. Ia disuarakan Ahli Majlis Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Dick Pound yang paling lama berkhidmat dengan organisasi itu.

Dengan keadaan semasa yang tidak menentu terutama penularan wabak dinegara Jepun, Dick Pound menjangkakan temasya itu mungkin tidak akan dilaksanakan.

Kira kira 10 bulan lalu, beliau yang memulakan tugas di IOC pada tahun 1978 juga sebelum ini menyatakan Sukan Olimpik 2020 di Jepun tidak boleh dilaksanakan pada tahun 2020.

Ketika itu, Dick Pound memberi alasan perbezaan sistem, musim pertandingan termasuk perbezaan rangkaian penyiaraan di seluruh dunia, ia berkemungkinan membawa kepada keputusan untuk pembatalan sukan olimpik.

Tuan rumah, Jepun juga perlu menjalankan beberapa pertandingan percubaan dapat dijalankan pada awal Mac.

Kejohanan kelayakan Olimpik renang artistik FINA akan menjadi acara percubaan pertama yang akan dijalankan bermula 4 hingga 7 Mac di Pusat Akuatik Tokyo dimana ia bakal melibatkan penyertaan atlet dari luar negara.

 

- Advertisement -