Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyusun atur plan yang lebih efisien dalam merangka dan melaksanakan program program sedia untuk merealisasikan misi menggapai emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Olimpik Paris 2024.
Presidennya, Tan Sri Norza Zakaria menjelaskan pelan dipecah kepada tiga; jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.
Bagi pelan jangka pendek, BAM akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam mempersiapkan pemain pemain terbaik yang dilabel berpotensi untuk layak ke Tokyo 2020.
Sidang Media Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria
Ia meliputi pemain pemain yang bernaung dibawah BAM dan pemain profesional.
“Objektif pelan jangka sederhana adalah memenangiu pingat di Sukan Olimpik Paris 2024 dan mara ke final Piala Thomas pada tahun yang sama,”kata Norza.
Jelas Tan Sri Norza lagi, pelan jangka panjang adalah memastikan pemain pemain yang berpotensi dan diberikan latihan dan pendedahan secara ‘fast track’ dan mewujudkan elemen winning mentality di dalam pemain.
Mengulas tentang sistem kejurulatihan, Tan Sri Norza juga mahu Bahagian Kejurulatihan dan Latihan serta Pembangunan BAM mewujudkan kunci petunjuk prestasi (KPI) bagi memastikan hanya yang layak sahaja kekal di dalam badan induk badminton negara itu.
“Tiada toleransi terhadap mediocrity. Hanya pemain pemain, pegawai dan kakitangan yang terbaik sahaja akan berada di pusat berprestasi tinggi ini,”katanya lagi.