Bergu wanita muda negara, Pearly Tan-M Thinaah memulakan kempen saingan Toyota Terbuka Thailand dengan bergaya selepas melakar kejutan menundukkan pilihan keenam dari Korea Selatan, Chang Ye Na-Kim Hye Rin.

Lebih manis, Pearly dan Thinaah bangkit daripada kekalahan di set pertama sebelum melakar kemenangan di dua set berikutnya 16-21, 21-15, 27-25 selepas bertarung hampir 90 minit di gelanggang 3 Impact Arena, Bangkok.

“Walaupun penat, tetapi kami gembira dan tidak menjangka menang di perlawanan ini. Ianya pasti menjadi suntikan semangat untuk perlawanan seterusnya,” kata Pearly.

Thinaah pula berkata ‘Kunci utama kami adalah mengubah cara permainan dan yakin dengan cara bertahan. Paling penting adalah percaya diantara satu sama lain dan kami berharap untuk beraksi dengan lebih baik lagi selepas ini.”

Pearly-Thinaah akan berdepan gandingan dari Perancis, Vimala Heriau-Margot Lambert dipusingan kedua esok.

Turut mara, satu lagi bergu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang mengatas gandingan dari Kanada, Rachel Honderich-Kristen Tsai straight set 21-17, 21-16.

Dalam aksi brgu campuran, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kedua selepas mengatasi gandingan India, Reddy B. Sumeeth-Reddy N. Sikki straight set 21-14, 18-21,  21-13

Nasib berbeza dialami Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang tewas 21-14, 15-21, 19-21 kepada pilihan ketujuh dari England, Marcus Ellis-Lauren Smith.

Sementara itu, perseorangan profesional negara, Liew Daren mara ke pusingan seterusnya secara walked over selepas lawannya dari India, B Sai Praneeth menarik diri di kejohanan ini.

- Advertisement -