Kem badminton negara ‘menggegar’ Impact Arena menerusi bergu campuran, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See yang menjadi wakil negara pertama mengesahkan slot ke separuh akhit Toyota Terbuka Thailand.
Turun dengan status underdog, Pang Ron dan Yee See melakar kejutan apabila bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk menang ke atas pilihan kelima dari Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja 12-21, 21-19, 21-19.
Mereka akan berdepan pilihan keempat dari Korea Selatan Seo Seung Jae-Chae Yujung yang menang ke atas gandingan tuan rumah, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran 24-22, 21-18.
âSelepas set pertama, tiada rahsia dimana kami hanya terus kekal tenang dan saling memberikan motivasi diantara satu sama lain dan bermain habis habisan,âkata Hoo Pang Ron.
Mengikuti jejak Pang Ron dan Yee See adalah bergu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang menundukkan bergu muda, Pearly Tan-M Thinaah.
Perlawanan yang cukup sengit dipamerkan kedua dua bergu sepanjang perlawanan namun tuah memihak âkakakâ Mei Kuan-Meng Yean apabila menang 22-20, 21-12 dan akan menentang pilihan keempat dari Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong.
Bergu lelaki yang turun selaku pilihan kelapan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil negara terakhir hari ini yang mengesahkan slot ke separuh akhir selepas melakar kemenangan ke atas Goh V Shem-Tan Wee Kiong straight set 21-16, 21-13.
Dalam pada itu, bergu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir Toyota Terbuka Thailand selepas ditunjukkan jalan keluarkan oleh gandingan India Satwiksairaj Rankireddy-Ashwini Ponappa dalam aksi tiga set 21-18, 22-24, 20-22.
Turut sama tersingkir, bergu wanita, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen yang tewas kepada pilihan ketiga dari Korea Selatan, Lee So Hee-Shin Seung Chan Korea 13-21, 16-21.Â
Bergu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yii juga kandas apabila tewas kepada gandingan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty straight set 18-21, 22-24.
Wakil tunggal perseorangan lelaki negara, Liew Daren turut gagal mara ke separuh akhir selepas tumpas kepada piluhan keempat dari Denmark, Viktor Axelsen 9-21, 15-21.