Gandingn bergu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menaiki podium selaku naib juara Toyota Terbuka Thailand selepas tewas di perlawanan final yang berlangsung di Impact Arena, Bangko hari ini.
Turun dengan status pilihan kelapan, Aaron dan Wooi Yik berdepan pilihan keenam dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-Lin untuk penentuan juara.
Kemenangan memihak Lee Yang-Chi Lin yang melakar kemenangan straight set 21-13, 21-18.
“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.
“Banyak yang perlu diperbaiki terutama pertahanan dan unforce error serta perlu tambahkan lagi kekuatan,” kata Wooi Yik.
Jurulatih bergu lelaki, Flandy Limpele berpuas hati dengan apa yang telah dicapai oleh Aaron dan Wooi Yik pada minggu ini namun turut sependapat, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki.
“Permainan mereka kurang aggresif dan pertahanan tetapi saya gembira mereka berjaya ke final berbanding kejohanan minggu lalu.
“Mereka perlu perbaiki ketika berada di depan serta perlu tingkatkan lagi kekuatan dan kelajuan,” kata Flandy.
Lain lain perlawanan, aksi melibatkan gandingan Korea Selatan dalam saingan bergu wanita menyaksikan pilihan keempat, Kim So Yeong-Kong Hee Yong mengejutkan pilihan ketiga, Lee So Hee-Shin Seung Chan straight set 21-18, 21-19.
Carolina Marin pula merangkul trofi kedua berturut turut selepas muncul juara perseorangan wanita, menewaskan pilihan pertama Tai Tzu Ying 21-19Â 21-17
Begitu juga dengan pilihan keempat dari Denmark, Viktor Axelsen yang merangkul trofi kedua selepas menundukkan rakan sepasukan Hans-Kristian Solberg Vittinghus 21-11, 21-7 dalam saingan perseorangan lelaki.
Thailand meraih satu trofi dalam acara bergu campuran menerusi pilihan pertama, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai yang menundukkan pilihan keempat dari Korea Selatan Seo Seung Jae -Chae Yujung straight set 21-16, 22-20.
Ini juga merupakan kejuaraan kedua buat pasangan Thailand itu selepas muncul juara di Yonex Terbuka Thailand minggu lalu.