Kontinjen Filipina mensasarkan kelompom tiga teratas bagi kedudukan keseluruhan pada saingan Sukan SEA 2021 yang dijadual berlangsung di Vietnam penghujung tahun ini.

Pesuruhjaya Sukan Filipina, Ramon Fernandez yang dilantik sebagai chef de mission kontinjen Filipina meletakkan sasaran itu dan akan melakukan perancangan dengan sebaik mungkin.

Fernandez akan merangka pelan dan persiapan untuk kesemua yang terlibat dalam merealisasikan misinya.

Keperluan utama adalah untuk mendapatkan peruntukkan serta memulakan latihan pusat dengan secepat mungkin.

Ramon Fernandez juga mensasarkan misi serampang dua mata untuk FIlipina dimana selain mempersiapkan kontinjen untu beraksi di Vietnam penghujung tahun ini, beliau juga perlu memberi tumpuan terhadap atlet negara itu yang sedang memburu slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Jumlah peruntukkan yang diperlukan akan didedahkan selepas mengambil kira faktor jumlah acara yang akan disertai dan jumlah atlet yang mengambil bahagian.

Ramon Fernandez optimis jika peruntukkan yang dipohon ditunaikan, tidak mustahil Filipina mampu untuk mempertahankan gelaran juara keseluruhan seperti yang telah dilakukan ketika mereka menjadi tuan rumah Sukan SEA 2019.

 

- Advertisement -